Sememangnya setiap mak ayah inginkan anak-anak belajar berpuasa sedari masih kecil. Sebelum Ramadan lagi, mak ayah setiap hari ingatkan anak-anak agar mereka berpuasa penuh.
Segelintir mak ayah sanggup janjikan ganjaran agar anak-anak teruskan berpuasa sepanjang Ramadan biarpun anak enggan dan kurang bersedia. Segalanya bergantung kepada didikan masing-masing.
Sebaiknya jangan paksa anak puasa, mak ayah seharusnya kena pandai tackle biar keinginan datang sendiri untuk anak berpuasa. Ikuti perkongsian Puan Wawa Shauqi ini dan fahami penerangannya:
Jangan Paksa Anak Puasa
Jangan paksa si kecil puasa. Iye. Jangan paksa. Sambai pucat lesi muka mereka, kita tahan mereka makan.
Sebaliknya, tarik keinginan anak sikit-sikit. Biar mereka sendiri terdetik minat hendak cuba berpuasa.
Paksa ini selalunya buat benda ringan jadi berat. Benda berat jadi bertambah berat.
Tapi kalau kita pandai tackle, keinginan anak akan datang sendiri. Waktu tu, kita sambutlah keinginan mereka dengan rasa gembira.
Mak Ayah Kena Pandai Tackle Biar Keinginan Datang Sendiri
Tips nak anak minat berpuasa. 1) Sebelum beberapa bulan nak puasa ni, kongsikan perasaan excited kita pada anak.
“Ya Allah dah nak puasa! Rezekikan kami ya Allah. Tak sabar sangat!”
2. Cerita pada anak, kebaikan Ramadan. Kalau bulan biasa, pahala macam biasa. Tapi bila Ramadan, pahala berganda.
Allah memang ready nak ampunkan dosa siapa yang berusaha. Pintu rahmat Allah buka seluasnya. Syaitan pun Allah rantai.
Ajak Anak Buat Persiapan Puasa
3. Ajak anak buat persiapan Ramadan. Kalau boleh, lebih meriah dari persiapan raya.
Ads
Ajak mereka pilih baju solat, deko ruang solat, pilih buku untuk dibaca sepanjang Ramadan dan rangka aktiviti berkaitan Ramadan.
4. Buka sirah nabi dan bacakan pada anak. Usaha lebih sikit untuk ikut sunnah nabi di bulan puasa ini.
5. Ajak anak tanam azam untuk jadikan bulan puasa ini, bulan puasa terbaikdalam hidup mereka.
Biarkan Anak Berpuasa Berfasa
6. Ajar anak berpuasa secara berfasa. Contohnya, mulakan dengan ajar tahan pandangan mata. Atau tahan percakapan yang tak elok. Kemudian mula latih tahan lapar secara berperingkat.
Ads
7. Sibukkan anak dengan aktiviti yang tak banyak menggunakan tenaga. Yang buat mereka ralit dan fokus.
Insyallah anak yang kenal keindahan Ramadan sejak kecil, tak akan mensia-siakan setiap Ramadan yang mereka lalui.
Dengan didikan dari kalian, mak ayah yang superb, saya doakan, anak-anak kalian menjadi anak soleh dan solehah yang bakal memimpin tangan kalian ke syurga.
Amin…
MW: Masing-masing punya cara tersendiri untuk mendidik anak, setengah mak ayah lebih suka anaknya mencukupkan solat lima waktu barulah diajar pula berpuasa. Paling penting jangan paksa anak-anak.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Ads
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 10 Julai dan 24 Jukai 2021. Peserta diberi tunjuk ajur menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Wajib Join, Latihan Penyediaan Makanan. Ambil tahu dos and don’ts pada 25 Mei dan 19 Ogos. Peserta boleh memilih salah satu sesi yang diadakan pada tarikh tersebut. Kursus ini banyak membantu peserta yang terlibat dalam perniagaan makanan mengetahui perkara-perkara yang harus dielakkan semasa menyediakan makanan untuk pelanggan. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/wajib-join-latihan-penyediaan-makanan/
Aku nak kongsikan pengalaman aku sendiri yang terlajak main phone sampai hubungan rumah tangga kelaut. Aku berkahwin pada usia yang muda dan rezeki Allah nak bagi, aku dikurniakan anak anak dengan jarak yang dekat. Boleh kata selang setahun aku mengandung. Cukup setakat itu maklumat aku.
Terus kepada apa yang aku nak kongsi dengan pembaca adalah kesilapan diri aku sendiri. Aku leka dengan telefon. Balik kerja, aku terus pergi kedai makan bungkus lauk. Kebiasaan anak–anak akan disuap makan oleh pengasuh sebelum aku ambil setiap petang lepas habis bekerja.
Suka Capai Phone, Anak Biar
Sampai rumah capai telefon terus buka facebook scroll baca newsfeed. Anak–anak aku biarkan main srndiri. Sejujurnya aku kurang berkomunikasi dengan anak dan suami sebab perhatian aku hanya dekat telefon.
Tapi tak bermakna kerja rumah aku tak selesai. Tanggungjawab aku sebagai ibu dan isteri tetap aku buat. Sampai 1 hari suami aku tegur perangai aku yang tak boleh lekang dari telefon. Penah aku beriya ajak dia keluar berdua, konon nak luang masa berdua, sudahnya aku jadi bosan. Bila bosan aku capai telefon, baca status dalam fb, baca blog, baca tips yang orang lain kongsi. Bila aku rasa sesuatu yang aku jumpa tu menarik, aku tunjuk dekat suami. Tapi suami tarik muka. Saat tu aku dah fikir dlm hati dah kenapa.
Masa Nak Tidurkan Anak
Masa nak bagi tidurkan anak anak pun aku cepat rasa bosan. Sebab rasa mcm lama sangat nak bagi diaorang ni tidur. Jadi sambil aku tidurkan anak anak aku sambil surt internet. Bila aku nak tidur pon aku akan mengadap lagi telefon. Selalunya aku akan follow page dlm facebook. Setiap komen aku baca. Waktu tu rasa macam tak ada telefon macam tak lengkap hidup. Kalau dah smpai pejabat pon, aku sanggup patah balik untuk ambil telefon kalau aku terlupa nak bawa telefon.
Anak anak jangan cakap la. Setiap masa nak perhatian. Bila buat je perqngai aku akan melenting terus sebab aku rasa “me” time aku dengan telefon dikacau. Banyak kali suami aku tegur sikap aku. Tapi aku ego. Aku rasa kerja rumah aku dah siapkan semua jadi tak ada masalah kan semua tu.
Masalah aku semakin menjadi jadi dengan suami. Sebab aku ego bila dia tegur aku pasal telefon macam tak logik langsung. Macam tak nampak ke aku dah siapkan semua kerja kot. Pergi kerja tak pernah pakai seluar kedut. Pagi tak pernah miss lagi aku buatkan air sblm dia pergi kerja. Kenapa nak kena besarkan benda ni.. Tu apa yang aku fikir.
Gaduh Sebab Main Phone
Ada satu masa aku bergaduh besar dengan suami sebab telefon. Gaduh yang sebelum ni aku dah janji untuk kurangkan masa dengan telefon tapi aku buat juga lagi. Sebab apa? EGO. Aku rasa apa aku buat tu betul. Tak ada salah. Surf internet je kot. Bukan scandal ke, mengarut apa ke. Nampak tak betapa melampaunya aku? Waktu tu dalam kepala aku hanya ada perkataan CERAI. Ya. Aku rasa mungkin cerai tu jalan yang terbaik buat aku dan suami. Hakikatnya bila bergaduh dengan suami, ego dan emosi main peranan tambah bg jadi api. Benda yang betul pon nampak salah. Aku nampak waktu tu semuanya salah suami aku. Aku ungkit apa yang jadi dalam perkahwinan kami dari A smpai Z. Dia terduduk menangis sebab tak sangka aku boleh cakap semua benda tu dekat dia. Dia cakap dengan aku dia tak akan lepaskan aku sebab pada awal dia minta izin untuk berkahwin dengan aku ibu bapa aku, dia akan jaga aku smpai habis nyawa dia. Tapi sekiranya dalam diri aku memang dah tak ada dia, buatlah apa yang terbaik untuk diri aku.
Esoknya kami masing masing teruskan rutin bekerja. Macam biasa aku act like nothing happen last night sebab aku rasa puas hati dah luahkan semua. Aku tak peduli sbb aku rasa aku dengan anak anak boleh hidup tanpa dia. Aku dah fikir lepas cerai nak duduk mana, anak nak hantar taska mana dsb. Mula dari hari tu jugak suami aku ignore aku sepanjang masa. Balik rumah macam orang tak balik. Aku masak dia tak makan, baju dia asing basuh, tidur dekat ruang depan. Suara dia aku dengar bercakap dengan anak sahaja.
Tersedar …
Aku tersedar apa yang buat adalah salah bila kawan aku ajak makan dekat luar, aku usung semua anak pergi restoran tu. Tapi dalam keadaan anak rapat macam aku memang aku tak boleh nak makan. Anak nak main kejar sana sini. Waktu tu aku sedar yang selama ni suami aku yang tolong jaga anak bila kami keluar makan. Selama ni dia yang jaga anak bila aku sibuk memanjang dengan telefon. Anak anak lagi ceria bila diaorang bersama papa. Bukan dengan mama. Di mana aku selama ni. Kenapa anak tak boleh peluk cium aku mcm mana diaorang peluk cium papa diaorang.
Aku menangis depan suami aku minta ampun. Aku memang nekad nak berubah. Aku nak suami dengan anak anak aku. Aku fikir aku kuat nak bercerai. Tapi kuatkah aku bila aku bangun pagi suami aku tak ada di sisi. Kuatkah aku nak bela anak anak aku sendiri yang selama ni suami tolong aku besarkan anak. Kuatkah aku nak hidup sorang diri sedangkan selama ni aku ada tempat untuk bersandar? Aku tak kuat. Sedikit kekuatan pon x ada untuk aku nak isi borang failkan penceraian yang sudah siap aku cetak.
Berdepan dengan suami aku tanya pada dia, sudi lagi tak terima aku lepas apa yang aku dah buat. Suami aku jawab 2 benda. Yang pertama Mana mungkin dia nak buang perempuan yang dia lamar untuk jadi teman sehidup semati dunia akhirat.
Yang ke 2 Mana mungkin dia nak buang ibu kepada anak anak dia? Terus aku teringat kali pertama dia melamar aku. “Sudi tak nak jadi teman hidup dia dunia & akhirat”. Aku rasa sangat bersalah & nekad nak berubah. Telefon aku bila sampai rumah memang duduk dlm handbag. Bila berbunyi orang call baru aku capai. Lepas tu masuk semula dalam bag. Masa lapang lepas anak anak dah tidur baru aku baca mesej dalam whatsapp.
Sekarang aku sendiri dah tak kisah kalau telefon tertinggal ke, data internet habis ke, aku dah tak kisah. Sebab nilai masa aku untuk keluarga lagi tinggi dari telefon. Seronok bila balik kerja tak sempat turun dari kereta lagi anak lari menerpa dekat aku smbil peluk cium. “Abang rindu mama hari ni.” Lagi sorang tanya “Knp mama balik lambat. Banyak kerja ke.?.Jom kita balik rumah. “Bahagia yang tak boleh ungkap dengan kata kata. Terima kasih Allah.. . Doakan aku istiqomah di jalan ini..
Sumber: Taqiudin Abd Jamil
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Pernah terjadikan pada mak ayah yang menjaga anak-anak demam dan cirit birit, walau demam anak dah surut, keadaan anak pun dah pulih, tapi cirit-birit masih berlarutan.
Doktor dari Poliklinik Az-Zaara, Ampang terangkan sebabnya. Jadi mak ayah bertenang dan jangan panik. Panduan yang doktor kongsikan di bawah bantu mak ayah untuk ambil langkah seterusnya.
Kenapa Lepas Deman Cirit Birit, Anak Boleh Alami ‘Temporary Lactose Intolerance’
Kebiasaanya ini terjadi akibat TEMPORARY LACTOSE INTOLERANCE. Pernah dengar tak?
Ok, saya terangkan secara mudah. Dalam usus kita, ada satu enzim yang dipanggil lactase, khas untuk memproses lactose, salah satu bahan utama dalam susu dan produk-produk tenusu seperti yogurt, cultured milk (vitagen dan sebagainya), cheese dan lain-lain.
Selepas mendapat diarrhea, atau baby demam dirawat dengan antibiotik, enzim lactase ini mungkin terjejas penghasilannya menyebabkan lactose tidak boleh dicernakan dalam usus. Lactose yang tidak dicernakan dengan sempurna akan menyebabkan cirit-birit.
Jadi, selagi lactose terus diberikan, radang dalam perut akan terus berlaku dan usus akan terus tidak dapat menghasilkan enzim tersebut. Bermakna lactose intolerance ini akan berlanjutan.
Bagaimana nak buat?
Mak Ayah Lakukan Ini Untuk Hentikan Cirit Birit Anak
Cara mudahnya ialah hentikan memberi sebarang susu lembu dan produk tenusu. Gantikan dengan lactose free mild, sama ada dari sumber soya atau susu lembu yang telah diproses. Ini akan membolehkan usus yang mengalami keradangan akibat jangkitan kuman/antibiotik sembuh seperti biasa dan boleh menghasikan enzim lactase semula.
Keadaan ini boleh mengambil masa beberapa hari sehingga beberapa minggu bergantung pada berapa teruk keradangan pada usus tersebut.
Bila cirit-birit dah berhenti, jangan terus tukar pada susu biasa, sebaliknya start sedikit demi sedikit.
√ Macam sekarang ambil 5 kali susu lactose free, cirit-birit dah stop.
√ Esok cuba bagi 4 kali susu lactose free dan 1 kali susu biasa.
√ Jika tiada cirit-birit, terus tambah sedikit demi sedikit sampai dah boleh tukar pada susu biasa sepenuhnya.
Mudah kan?
Bagi mereka yang mengalami permanent lactose intolerance, rawatan adalah berbeza.
Semoga bermanfaat.
* Kami tidak menjual sebarang susu lactose free, hanya berkongsi maklumat.
Pelakon dan usahawan, Fattah Amin, 35, tampil mempertahankan ibunya, Azizah Abdul Ghani yang menjadi mangsa kecaman netizen baru-baru ini selepas timbul dakwaan kononnya beliau menggelar cucu sendiri, Fatima Aisya, “tidak comel”.
Ibu Rasa Sedih
Mengakui ibunya berasa sedih dengan serangan di media sosial, Fattah menasihati agar wanita yang amat disayanginya itu tidak membaca atau melayan komen negatif.
“Pastilah dia rasa sedih, tapi saya cakap tak perlu baca dan dengar perkara begini. Orang luar tak tahu apa yang berlaku, mereka boleh buat andaian, cakap macam-macam dan fitnah sesuka hati.
Kalau benda itu tak betul, kita jangan rasa bersalah atau terkesan,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi dan pengumuman duta baharu Amber Eksklusif Casual Wear semalam.
Sebagai bapa, Fattah mengakui hatinya turut terusik apabila isu yang tidak berasas ini melibatkan anak perempuannya yang baru berusia lima tahun. Beliau berharap agar peminat dan orang ramai lebih berhati-hati sebelum meninggalkan komen yang boleh menimbulkan fitnah atau persepsi negatif.
“Saya rasa kesal bila benda-benda begini berlaku kepada ahli keluarga saya. Saya selalu nasihatkan peminat, kalau nak komen sekali pun, cakaplah yang baik-baik. Tapi kita tak boleh kawal semua orang nak taip, cakap dan fikir,” ujarnya lagi.
Mengulas mengenai hubungan Fatima dengan ibunya, Fattah berkata semuanya dalam keadaan baik dan tidak perlu diperbesar-besarkan.
“Setakat ini Fatima tidak menunjukkan sebarang reaksi atau emosi negatif. Hubungan kami sekeluarga semuanya masih okey dan tiada masalah,”ujar Fattah.
Fattah juga melahirkan rasa kesal dengan isu yang tular dan meminta orang ramai untuk tidak membuat andaian negatif. Fattah turut berkongsi video yang menunjukkan keakraban Fatima dengan neneknya dan merancang untuk bercuti bersama di Disneyland.
Bagi Fattah, keluarganya adalah keutamaan. Dan dalam dunia yang penuh dengan suara di hujung jari, memilih untuk tidak memberi ruang kepada kata-kata yang menyakitkan adalah cara terbaik menjaga hati yang kita sayang.
Kematian Nurul Asyura mengejutkan keluarga dan mengundang kesedihan mendalam. Ikuti kisah penuh detik cemas, luahan pilu si ibu dan perkembangan terkini mengenai punca kejadian.