Isteri MAUT Ditembak Suami Lebih Lima Das Pada Jarak Dekat Di Muka!Entah apa masalah mahupun pertelingkahan yang berlaku, seorang suri rumah maut selepas ditembak oleh suaminya yang juga anggota polis berpangkat lans koperal di Simpang Empat di sini, hari ini.
Tembak Lebih 5 Das Jarak Dekat
Ketua Polis Daerah Kangar Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, kejadian berlaku kira-kira 6 pagi di dalam bilik di kediaman pasangan terbabit di Kampung Bendang Baru, Simpang Empat, Jalan Kangar-Alor Setar.
“Kejadian berlaku selepas suspek yang berasal dari Terengganu itu baharu sahaja tamat syif tugasannya dan berdasarkan saksi kejadian iaitu bapa mentuanya, dia tiba-tiba mengeluarkan pistolnya jenis Walther P99 dan menembak isterinya yang dikenali sebagai Safsufarnisya Salleh yang berusia 27 tahun.
“Suspek melepaskan lebih daripada lima das tembakan pada jarak dekat mengenai bahagian muka terutama di bahagian mata sebelah kiri menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar hari ini.
Anggota polis sedang berkawal di hadapan rumah suspek di Kampung Bendang Baru, Simpang Empat, Kangar di mana seorang polis di dapati menembak isterinya sehingga mati.
Suspek Hanya Mendiamkan Diri
Katanya, tembakan itu juga menyebabkan bapa dan ibu mentua, anak saudara suspek yang turut mendiami kediaman itu bertempiaran lari meninggalkan rumah.
“Bapa mentua suspek kemudian menelefon abang ipar suspek untuk memaklumkan kejadian sebelum menghubungi polis.
“Polis yang dimaklumkan berhubung kejadian itu pada 7.26 pagi kemudian bertindak pergi ke rumah mangsa dan didapati suspek masih berada dalam rumah.
“Cubaan untuk meminta suspek menyerah diri bagaimanapun gagal apabila suspek hanya mendiamkan diri dalam rumah berkenaan dan apabila polis berjaya memasuki rumah berkenaan, didapati suspek hanya duduk mendiamkan diri di samping pistol masih lagi berada dalam tangannya,” katanya.
Ads
Yusharifuddin berkata, suspek ditahan dan mayat isterinya pula ditemui dalam keadaan mengiring di atas katil di bilik berkenaan.
“Beberapa kelongsong peluru turut ditemui di lantai berhampiran katil dimana mayat mangsa ditemui.
“Mayat kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk proses bedah siasat,” katanya.
Ads
Masih Menyiasat Motif Pembunuhan
Beliau berkata, pihaknya masih menyiasat motif pembunuhan kerana didapati tidak berlaku sebarang pergaduhan atau pertikaian antara pasangan berkenaan yang sudah dua tahun mendirikan rumah tangga.
“Siasatan juga akan menjurus sama ada suspek mempunyai masalah mental atau sebagainya.
“Pasangan berkenaan tidak mempunyai anak dan suspek sudah empat tahun bertugas di IPK Perlis,” katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa setiap anggota polis boleh membawa senjata api ketika bertugas dan mempunyai kebenaran daripada ketua jabatan masing-masing.
Ads
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan suspek kini sedang ditahan di lokap Balai Polis Kangar.
Suspek akan dibawa ke Mahkamah Kangar, esok untuk perintah reman.
Tergamak seorang ayah yang sepatutnya menjadi pelindung, namun mendera anak sendiri sehingga maut malah selamba menanam mayat anak sendiri di tepi jalan untuk menutup jenayah yang dilakukan.
Seorang bapa ditahan kerana disyaki mendera anaknya hingga meninggal dunia sebelum menanam mayat kanak-kanak itu berhampiran sebuah tempat riadah, di sini bagi menyembunyikan perbuatannya, semalam.
Perbuatan kejam suspek itu terbongkar selepas polis menerima aduan isteri suspek pada Jumaat lalu memaklumkan anak perempuannya yang berusia sembilan tahun didera oleh suaminya.
Anak Keadaan Lemah & Keluar Darah
Isteri suspek yang juga seorang warga asing berusia 41 tahun membuat laporan selepas mendapati anak yang berusia sembilan tahun dalam keadaan lemah dan darah keluar dari mulutnya sebaik pulang bekerja kira-kira jam 7 malam, Jumaat lalu.
Kejadian berlaku di kediaman keluarga itu di Jalan Pudu di sini, dan pengadu yang bekerja sebagai pembantu kedai makan mendakwa suaminya ada memukul anaknya itu kira-kira jam 12 tengah malam pada hari kejadian.
Sebaik menerima aduan, sepasukan anggota polis bersama pengadu ke rumah suspek untuk mengambil anaknya yang ditinggalkan namun anak serta suaminya tiada di rumah.
Berikutan itu, pihak polis menjalankan usaha mengesan suspek sebelum dia berjaya dikesan dan ditangkap di Jalan Pasar Pudu di sini, semalam.
Mengaku Tanam Mayat Anak Tepi Jalan
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya,, hari ini mengesahkan kejadian dan memaklumkan suspek, seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun ditahan kira-kira jam 12.30 tengah hari.
Katanya, hasil soal siasat ke atas suspek yang juga seorang penganggur, mengaku menanam mayat anaknya di tepi jalan Taman Dusun Bandar, Jalan Bellamy di sini.
Suspek kini direman tujuh hari dan siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Dalam pada itu, Noor Dellhan meminta orang ramai terutama ahli keluarga atau jiran supaya sentiasa peka dan segera melaporkan sebarang kes dera yang berlaku dalam kalangan ahli keluarga atau jiran masing-masing.
Musim cuti persekolahan ni mak-mak tentunya dah ada perancangan nak bawa anak-anak bercuti dan habiskan masa bersama. Kalau masih buntu dan tak tahu mana nak tuju, apa kata ke taman tema Legoland Malaysia Resort, di Johor Bahru. Sepanjang bulan Disember yang merupakan cuti persekolahan dan juga musim perayaan Hari Natal yang bakal disambut tidak lama lagi, taman tema akan membawa salji sebenar ke Malaysia bagi memberikan pengalaman musim sejuk yang penuh keajaiban! Setiap 30 minit, para pengunjung dapat menyaksikan penurunan salji di hadapan Big Shop, sekaligus menjadikannya sambutan yang paling unik di Malaysia sempena musim perayaan ini. Selain itu, para pengunjung juga dapat mengalami pengalaman artik di seluruh taman tema termasuk bar ais krim iglu yang pertama di Malaysia. Di situ, pengunjung juga dapat menikmati snek sejuk serta melihat rusa kutub LEGO® serta makhluk mitos elf yang menakjubkan!
Bagi meraikan semangat saling memberi, ia turut menawarkan pelbagai hadiah bernilai sehingga RM100,000 melalui Cabutan Bertuah Kalendar Advent LEGO® bagi pengunjung bertuah setiap hari. Malah, seorang pemegang Pas Kemasukan Setahun yang bertuah berpeluang memenangi sebuah Nissan Almera (bernilai RM72,000) pada 25 Disember*. LEGOLAND® Malaysia Resort juga berkerjasama dengan Finnair dimana satu keluarga bertuah akan berpeluang untuk memenangi percutian keluarga ke tempat asal LEGO® di Billund, Denmark! Di sana, mereka boleh menghayati dunia LEGO® dan membina kenangan yang tidak dapat dilupakan.
Cabutan bertuah dan aktiviti sampingan lain
Selain pengalaman dan hiasan musim sejuk yang indah, para pengunjung juga dapat menyertai pelbagai aktiviti bertemakan musim percutian yang bukan sahaja menakjubkan tetapi juga sesuai bagi seisi keluarga, termasuklah:-
Rasai percutian musim sejuk hanya di Legoland Resort Malaysia
Cabutan Bertuah Kalendar Advent LEGO® – menampilkan 31 tingkap yang melambangkan setiap hari dalam bulan Disember. Setiap hari, seorang pengunjung bertuah berpeluang membuka satu tingkap pada pukul 7 malam dan memenangi sebuah hadiah hebat! Hadiah-hadiah tahun ini bernilai sehingga RM100,000 termasuk satu percutian sekeluarga, baucer petrol serta permainan LEGO® termasuk LEGO Star Wars dan NINJAGO™ yang popular.
Aktiviti Pembinaan LEGO Musim Perayaan – Dalam aktiviti ini, kanak-kanak dapat belajar membina orang salji serta pokok Krismas LEGO yang tersendiri. Hiasan yang direka akan dipasangkan pada pokok-pokok di sekitar taman tema. Selain itu, beberapa makhluk elf mitos serta orang Eskimo yang peramah juga akan membantu mencipta rekaan LEGO yang unik. Aktiviti ini bukan sahaja menjamin keseronokan bagi kanak-kanak, malah membantu mengembangkan pelbagai kemahiran baru seperti kerjasama berkumpulan dan kreativiti.
LEGO Santa’s Grotto – Apa makna Hari Krismas, kalau tiada hadiah dan Santa Klaus? Di Santa’s Grotto, selain dapat bertemu sapa dengan Santa Klaus, kanak-kanak juga boleh menghantar surat kepada Santa Klaus untuk berkongsi keinginan mereka serta mendapatkan kedudukan terbaik dalam ‘senarai nama budak nakal dan budak baik’..
Jingle Bell Ball – Para pengunjung dijemput untuk menyertai Jingle Bell Ball, iaitu majlis tari-menari LEGOLAND Malaysia Resort untuk berparti dan menari dengan makhluk mitos elf. Selain itu, watak-watak popular yang digemari ramai seperti Rudolf, Ollie The Dragon serta LEGO Toy Soldier mungkin akan membuat penampilan khas di majlis tari-menari tersebut.
LEGOLAND® Malaysia Resort akan meneruskan kesinambungan tradisi tahunannya dengan memasangkan lampu pada pokok Krismas LEGO Duplo tertinggi di Asia Tenggara, yang dibina dengan 427,695 bongkah LEGO. Selain itu, sesi menyanyi lagu Krismas juga akan disajikan bagi merancakkan lagi semangat perayaan ini. Bagi mengucapkan selamat tinggal kepada musim percutian dan menyambut Tahun Baru, para pengunjung juga dapat menyaksikan pertunjukan bunga api 3D LEGO® yang bakal menerangi langit taman tema ini. Namun, aksi ini telah diberikan nafas baharu – bongkah-bongkah LEGO akan jatuh dari langit semasa pertunjukan bunga api 3D LEGO!
Pelbagai aktiviti untuk disertai pengunjung sepanjang bulan Disember
Lebih menarik lagi, pelbagai promosi yang boleh didapati sepanjang musim percutian ini di Legoland Resort Malaysia termasuklah dengan pembelian 2 tiket dewasa anda akan dapat 1 tiket kanak-kanak secara percuma. Jadi apa tunggu lagi, jangan lepaskan peluang. Boleh bercuti dan siapa tahu dapat menang hadiah menarik ketika berkunjung ke Legoland Resort Malaysia. Nak tahu lebih lanjut boleh layari lama sesawang www.legoland.com.my. Enjoy!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
IFA HADIAHKAN Anak BMW. Penyanyi, pelakon, pengacara wanita penuh kontroversi, Ifa Raziah membuat kejutan dengan menghadiahkan anak lelakinya, Muhammad Shakir Aqili Mohd Yani, sebuah kereta jenis BMW.
Perkongsian menerusi hantaran sebuah video di akaun Instagramnya, Ifa menyatakan kereta mewah itu sempena ulang tahun kelahiran Aqili yang ke-17.
Malah menerusi kapsyen juga Ifa mendoakan agar anak lelakinya diberikan umur yang panjang serta menjadi anak soleh kepada kedua orang tua.
IFA HADIAHKAN Anak BMW
Menerusi video yang tersebut memaparkan reaksi Aqili yang tersenyum gembira selepas memiliki kereta idaman. Malah Ifa juga turut berpesan agar Aqili memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti.
Untuk rekod, Ifa pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali namun kedua-duanya berakhir dengan penceraian. Pada tahun 2004, Ifa berkahwin buat kali ketiga dengan Mohd Yani Abdul Rahman dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Muhammad Shakir Aqili. Selain itu, Ifa juga mempunyai anak angkat perempuan iaitu Sharifah Putri Umairah.
“HADIAH BMW 🚗 BUAT AQILI @aqili1911
Genaplah usia Anakku ke 17 tahun.❤️
HAPPY BIRTHDAY TO MUHAMMAD SHAKIR AQILI BIN MOHD YANI
“Buah hati Mama & Papa yg tersayang, senyum dan bahagiamu membuat kami semakin kuat. Kami akan memberikan yang terbaik untukmu. Dengan bertambahnya usiamu, semoga aqili semakin cerdas dan semakin membuat Mama & Papa bahagia.
“Happy birthday, sayang. Tak terasa aqili semakin dewasa. Semoga dengan bertambahnya usia, semakin bertambah juga kebaikan dan kebahagiaan yang diberikan untukmu. Mama & Papa berharap semoga aqili menjadi anak yang taat kepada Allah SWT dan Rasullullah SAW .. berbakti kepada Mama & Papa dan menjadi sahabat yang baik untuk sahabat2 Aqili ..
Semoga Aqili Menjadi Anak Yang Soleh
Barakallah fii umrik, anakku yg tersayang. Semoga Allah SWT memberikanmu umur yang panjang dan keberkahan dalam hidupmu. Tidak lupa, semoga selalu dilimpahi rezeki yang berkah dan hati yang selalu bersyukur, semoga aqili menjadi anak yang soleh didunia dan diakhirat .”Aamin Ya Rabbal Alamin,” luah Ifa.
“Semoga Berjaya, Tumpang Happy”
Mnerusi ruangan komen ramai yang mendoakan anak Ifa berjaya dalam SPM.
Pelajar tingkatan tiga jatuh asrama kritikal, ibu rayu doa orang ramai anak kembali pulih. Tiada yang lebih menyakitkan daripada melihat darah daging sendiri terbaring...