• 2K
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    2K
    Shares

Kenapa suami kedekut sangat? Faham tak.. Isteri bukan peminta sedekah! Ada isteri yang sampai terpaksa ‘curi’ wang dari dompet suami sebab nak penuhi keperluan makanan harian. Sebab tindakannya itu, dia tak bekerja jadi tiadalah pendapatan. Dapat pula suami kedekut ya Ampun!

Itu saja jalan terakhir yang isteri boleh pilih. Kes suami kedekut macam ini jarang berlaku, tapi memang wujud. Ini bahayanya kalau suami ada sikap berkira bab duit dengan ahli keluarga. Sampainya hati suami yang jenis kedekut macam ini. Kenapalah nak kedekut.. bukan orang lain ISTERI AWAK juga!

Kalau anda berhadapan dengan suami kedekut, jangan susah hati. Panduan yang dikongsikan Dr Ben Fadzil Mohd Salleh ini boleh meredakan sedikit kebimbangan para isteri.

tip untuk isteri yang ada suami kedekut

Dr Ben Fadzil Mohd Salleh

Ini Sebab Isteri Ambil Duit Suami Kedekut Tanpa Pengetahuan

Isteri Pun Nak Berhias

Nak nampak cantik pun kena ada wang ringgit. Isteri yang tak bekerja tentu harapkan duit suami. Sebab itulah suami perlu jaga nafkah zahir isteri dan keluarganya tanpa berkira.

‘Panjang Tangan’ Demi Hak

Isteri dan anak-anak perlukan duit nak beli makanan. Isteri takkan saja-saja panjang tangan kalau dia tak terdesak akibat kelaparan atau mahu melindungi haknya.

Jadi jangan culas beri nafkah anak bini. Kalau duit rokok, jaga kereta atau motor boleh sempurnakan, kenapa hak isteri nak diabai.

Sampai Kena Tunjuk Resit Bagai, Tak Ke Melampau Tu

Setiap duit yang dah diberi kepada isteri untuk perbelanjaan hariannya janganlah diungkit-ungkit ke mana perginya. Sampaikan isteri kena tunjuk bukti resit setiap pembelian atau perbelanjaan.

Bahaya Jenis Suami Kedekut

Bila keadaan dah jadi tenang, isteri pun rasa dirinya dah macam peminta sedekah hampir setiap bulan, lama-lama dia pun jadi stres dan akhirnya mengundang pergaduhan. Konflik berpanjangan boleh membawa jalan perpisahan.

tip untuk isteri yang ada suami kedekut

Jalan Yang Perlu Isteri Pilih

Untuk menghindari dari isteri dituduh ‘Panjang Tangan’, isteri hendaklah memberitahu tujuan dia ambil, jumlah dan untuk apa? Pengetahuan ini hendaklah dilakukan serta merta.

Jangan sampai suami tahu duitnya hilang tanpa sebarang sebab.  Ini akan mengeruhkan lagi keadaan. Tuduh menuduh dan pergaduhan akan berlaku jika isteri tak maklumkan segera.

Pesanan Untuk Isteri

Walaupun sukar sekalipun, mintalah duit dengan berlandaskan perbelanjaan logik dari bersifat panjang tangan. Ini kerana fakta dan kelakuan panjang tangan akan menjadikan trend dan sebagai bukti sekiranya ia ada unsur-unsur penceraian di masa akan datang.

Pesanan Untuk Suami

Benarkan isteri anda mentadbir kewangan. Percayailah isteri anda dengan sepenuh jiwa. Jangan sesekali berprasangka dengan isteri sendiri. Perbelanjaan itu untuk keluarga dan perhiasan dirinya untuk anda juga. Bukannya orang lain!

3 Jenis Nafkah Yang Suami Wajib Penuhi, Walaupun Gaji Isteri 5 Angka Sebulan

Sumber: Dr Ben Fadzil Mohd Salleh, Business Forencic Psychologist Grand master Hypnotherapist dari Practice Training & Consultancy di Asia Barat. Kredit Video : Youtube HambaFaqir Channel

Jangan Lupa Komen

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
KORPORAT   |   POLISI DATA PERIBADI  |  PENAFIAN   |   LANGGANAN   |   PENGIKLANAN   |   KERJAYA   |    HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error:
" "