Isteri Alahan Mengandung, Suami Ini Putuskan Hantar Ke Kampung Bagi Rehat, Ini Yang Jadi Lepas Sebulan Ambil Alih Jaga Anak

Alahan mengandung atau morning sickness ni bukan boleh ditahan-tahan. Bila dia nak jadi, dia datang terus-terusan sampai tubuh isteri pun jadi lembik longlai.

Suami ini, Akhtar Syamir akui yang sebaik isterinya Nora Azni disahkan hamil baru-baru ini, alahan mengandung buat isteri tak mampu nak buat apa-apa.

Amat menyedihkan juga bila ada yang kurang faham mengenai alahan nie. Mungkin dia tak alami situasi yang sama. Jadi ada yang beranggapan seperti orang yang mengalami alahan nie jenis yang manja dan tak kuat.

Persepsi sebegini amat – amat perlu dikikis terutamanya jika ada para suami yang berfikir sebegini. Percayalah. Memang seksa sangat sebenarnya.”

Jadi dia berikan peluang isterinya berehat di kampung. Bawa sekali anak yang paling kecil. Sementara dia jaga anak sulung, Jasmine yang bersekolah.

 

Pengorbanan Anak Sulung

Sebenarnya inilah rutin yang selalu dilakukan setiap kali isterinya disahkan mengandung. “Cuma kali ini berbeza sebab yang sulung dah sekolah.

Dulu tak apa boleh hantar kampung. Sekarang kena jaga anak yang sekolah. Yang kecil ikut maknya. Anak sulung saya sekolah KAFA pagi. Sekolah Kebangsaan petang.

Setiap petang lepas kebangsaan dia kena ikut pergi tempat kerja sampai malam bila saya habis syif jam 11 malam.”

Inilah pengorbanan yang dengan rela hati dilakukan oleh suami yang bekerja sebagai Senior Supervisor Tol dan anak sulungnya.

Khamis ini baru saya pergi ambil orang rumah. Alhamdulillah dia dah sihat.

IKLAN

Memang penting hantar dia balik kampung. Kesannya, cepat dia pulih dari alahan.

Beza jika dia ada kat rumah sendiri. Dia akan mabuk. Terperap dan tak dapat nak uruskan anak sebab asyik di katil saja.

Saya pun tak cukup tangan uruskan anak-anak dan dia. Bila saya pergi kerja, anak yang kecil akan ganggu dia.”

Apabila balik ke kampung, mak dia boleh jaga dia. Semangat dia lain. Anak yang kecil pun bebas tak kacau mak dia sangat.”

Tambah Akhtar lagi kampung suasananya lebih bagus malah isterinya takkan rasa terperap. “Proses pemulihan dari alahan itu lebih cepat.

Dia dapat rehat yang cukup, makan minum dia terjaga. Anak kecil itu pun atuk nenek dia boleh tengok-tengokkan.

Cuma part saya yang jadi mencabar sikit sebab kena uruskan sendirian anak sulung ni. Anak sulung saya pun banyak berkorban masa dan tenaga. Dengan sekolah lagi, lepas sekolah kena ikut pergi tempat kerja.

Ada sampai satu tahap pukul 8 dah tidur. Sebab penat sangat.”

Bagi meredakan hati anak, bapa anak dua ini akan bawa anak sulungnya keluar berhujung minggu. “Main itu ini dan bawa pergi ke rumah sepupu.”

Pesannya, bila seorang ibu mengalami alahan, apa yang ibu alami itu akan beri kesan pada semua. Semua perlu berkorban. Isteri dah memang sah-sah tengah bertarung dengan alahan, suami dan anak pun ada cabarannya juga.

Rasanya ramai yang lalui benda yang sama. Cuma tak ramai yang kongsi je.”

 

IKLAN

Isteri Alahan Mengandung, Suami Ini Putuskan Hantar Ke Kampung Bagi Rehat, Ini Yang Jadi Lepas Sebulan Ambil Alih Jaga Anak

Akhirnya Kami Tewas

Semalam sambil menangis, isteri saya minta saya menghantarnya pulang ke kampung. Dia tak dapat tahan lagi.

Terlalu kuat alahan kali ini. Seharian dia terbaring di katil. Mandi pun perlu bantuan saya. Makan langsung tak lalu. Minum sikit, muntahnya banyak. Tiada apa yang saya dapat lakukan untuk membantu isteri. Itu taknak, ini taknak. Kesian sangat kat dia.

Anak pertama dan kedua dulu lebih kurang begini juga. Bezanya kali ini perlu uruskan anak persekolahan Jasmine dan ditambah pula dengan karenah si Akbar. Nak masuk dapur pun tak boleh, muntah terus, jadi makan anak berdua tu tidak dapat diuruskan dengan baik.

Sudah semestinya saya telah cuba sedaya upaya untuk mengambil alih semua tugas harian isteri. Tetapi sejujurnya, saya tersangat kelam – kabut. Bagaimana dia boleh lakukan hari – hari pun saya tak tau.

Dari menyiapkan pakaian anak, makanan mereka, kemas rumah, basuh, sidai baju dan lain – lain. Saya kehabisan masa. 24 jam tidak cukup dalam sehari. Tidur pun tak menentu dengan kerja lagi.

Rezeki pula datang pada masa ni dengan permintaan Air Jagung Selambak yang tinggi. Memang kalau boleh beli topup masa, saya nak beli sikit. Masa jadi tak cukup, rumah jadi tak sempurna.

Bila benda sebegini terjadi, datang keinsafan diri betapa isteri tu melakukan semua perkara ini hari – hari tanpa mengeluh pun. Bila kita kehilangan keistimewaan ini, barulah kita rasa betapa susahnya menjadi suri rumah.

Akhirnya, sambil ditemani adik ipar, kami bertolak ke Tanah Merah, Kelantan pada pukul 11 malam tadi. Saya akan tinggalkan dia dan Akbar di sana manakala Jasmine akan pulang kembali bersama saya untuk meneruskan sesi persekolahan seperti biasa.

IKLAN

Ini kali pertama kami melalui situasi begini : Si kakak akan saya uruskan dan si adik akan tinggal di kampung.

 

Selepas Sebulan Ini Yang Jadi

Hampir sebulan kami berdua bersama. Malam ni saya hantar Jasmine kat rumah adik ipar sebab diaorang nak balik kampung esok.

Susah dia nak lepaskan saya tadi. Dari masa kami sampai rumah tu dia dah peluk saya. Air mata tak berhenti mengalir. Saya tanya kenapa menangis. Dia kata rindu kat papa. Alahai. Papa ni gagah perkasa tau, tapi hancur lebur hati bila kakak cakap macam tu.

Kami setiap hari bangun tidur bersama. Bersiap untuk ke sekolah bersama. Tunggu van pun bersama. Makan tengahari bersama. Lepas tu petang pun ikut saya ke tempat kerja sampailah tertidur dan didukung pulang.

Tak pernah sekali pun dia mengeluh. Sayang betul dia kat papa dia, sanggup ikut ke sana sini. Kami sama – sama harungi pengalaman ni. Memang mencabar tanpa isteri dan ibu buat sementara waktu. Banyak yang kami pelajari. Alhamdulillah, syukur kami berjaya.

Esok pagi Jasmine akan pulang ke kampung. Ramai sepupu sepapat dia menunggu. Mesti dia seronok. Doakan perjalanan mereka selamat dan dipermudahkan. Nanti Khamis baru saya menyusul In Shaa Allah.

Bukan satu perkara yang mudah untuk ambil alih tugas suri rumah tau. Hargailah isteri anda. Mereka dapat buat semua benda nampak mudah. Tapi bila kita betul – betul cuba buat, baru tau kesusahan dia.

BroOhsem – Sejujurnya. Saya yang rindu kat dia.

Sumber/Foto : Akhtar Syamir

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI