Salah satu kemahiran yang perlu untuk mencipta kebahagian rumah tangga ialah kemahiran berbual-bual antara suami isteri. Bunyinya macam senang, bukan?

Ingat, dalam diam itu sebenarnya ada ‘makna’ yang berulang-alik antara anda berdua. Dan selalunya fikiran akan memberi makna  diam itu sebagai tidak bahagia kecuali anda tahu apa sebab sebenarnya.

Namun ada masanya anda terpaksa berbual-bual dengan pasangan. Walaupun anda tidak suka tetapi itu mesti dilakukan kerana ada isu yang perlu diselesaikan. Ramai pasangan yang mengelak daripada berhadapan dengan situasi ini. Mereka tidak mahu terpaling dengan stigma atau kesan daripada isu yang perlu diselesaikan itu. Di sinilah apa yang selalu orang cakap betapa suami dan isteri perlu berhati besar dan berfikiran terbuka. Jika itu dapat dicapai maka berbual-bual atau berbincang tetang perkara itu tidak lagi perlu ditakuti.

Masalah 1
Kita semua tahu bahawa isu pasangan curang bukan lagi asing pada hari ini. Tidak ada keraguan isu ini selalu menjadi bom pemusnah kepada satu perkahwinan yang kelihatan bahagia selama ini. Selama ini rahsia itu tersimpan rapi tetapi bagaimana jika kecurangan itu akhirnya diketahui? Sekarang telah sah bahawa salah seorang telah tidak jujur. Adakah ada lagi perkara tidak jujur yang dilakukannya dalam hubungan itu selama ini? Situasi itu pastinya sangat beremosi. Sudah tentu anda mahu tahu kenapa dia tidak jujur. Bukan itu sahaja. Soalan yang lebih besar ialah apa pula yang anda akan lakukan untuk membetulkan keadaan ini?

Masalah 2
Sikap saling percaya adalah antara teras utama kebahagian rumah tangga. Namun hanya anda yang merasa dan tahu betapa pedihnya apabila rakan yang anda percaya tiba-tiba merampas dia daripada anda. Begitu juga dia. Walaupun dia itu lelaki tetapi risikonya juga serupa. Anda berdua terpaksa duduk berbincang tentang perkara itu. Adakah ‘dia’ itu telah melepasi had yang dibenarkan berada antara anda dan suami?

Masalah 3
Situasi berat ini juga  banyak berlaku apabila keluarga selalu masuk campur dalam urusan keluarga anda. Tidak kiralah sama ada itu berlaku daripada pihak keluarga suami atau anda sendiri. Memang anda kurang pengalaman tetapi itu juga boleh menjadi barah rumah tangga apabila keterlaluan. Anda dan suami terpaksa berbual-bual untuk mencari jalan mengatasi masalah itu. Memang berat tetapi itu yang perlu anda lakukan.

Masalah 4
Anak adalah rezeki dalam keluarga dan sudah tentu menjadi kurniaan terhebat dari Allah SWT. Namun atas sebab-sebab tertentu anda atau suami mungkin mempunyai perancangan lain. Bagaimana jika anda terhamil secara tidak sengaja walaupun telah berjaga-jaga? Sudah tentu anda yang pertama mengetahuinya, bukan? Sekarang bagaimana anda mahu memberitahu dia? Dia perlu tahu anda sudah boleh merasakan betapa menakutkan tindak balas dia nanti.

Ini hanyalah sebahagian daripada situasi yang menyebabkan sesi berbual-bual antara anda dan suami menjadi rumit. Namun mengetahui perkara ini dan bersedia adalah kunci untuk keluar daripada situasi ini. Moga info ini bermanfaat buat suami isteri yang berdepan dengan masalah.