Biasanya bengkak ini akan terjadi mungkin kerana, tidak menyusukan bayi dengan secukupnya, terlupa atau melengahkan waktu mengepam susu.

Para suami tak boleh pandang remeh dengan bengkak susu sebab masalah ini boleh buat kaum ibu demam teruk dan kadang ada yang sampai kena operate buang nanah yang disebabkan oleh kelenjar susu yang tersumbat.

Jom baca lebih lanjut, cara untuk mengurangkan bengkak susu...

1. Direct menyusu

Ibu kena kerap direct feeding sehingga payudara betul-betul kosong.

2. Guna pam

Jika bayi menolak, cuba untuk pam. Walaupun susu tidak keluar dengan banyak, ini meransang pengeluaran susu dari kelenjar susu yang tersumbat.

3. Tuam

Tuam bahagian yang sakit dengan botol susu yang diisi air panas.

4. Kena urut

Lakukan urutan menggunakan sikat dari arah pangkal payudara ke nipple. Atau lakukan urutan seperti di dalam gambar.

5. Guna kubis

Letakkan kobis sejuk di dalam coli. Percayalah cara ini akan mengurangkan bengkak. Elakkan dari menutupi bahagian nipple. Tapi letak lebih dari sejam kerana boleh menyebabkan penghasilan susu berkurang.

Ingat ya, bengkak susu tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana boleh menyebabkan nanah dan hanya boleh dibersihkan melalui pembedahan. Jadi untuk selamat, sila kejut anak yang sedang tidur untuk elak terjadinya bengkak susu. Kalau boleh susukan bayi dengan kerap, selang 2 - 3 jam sekali.