Masak sendiri tanpa anak-anak tentu akan lebih cepat, selamat dan bersih. Tetapi tahukah anda kegiatan memasak bersama anak ada kelebihan yang mungkin anda langsung tidak tahu dari sudut hubungan. Jom semak...

1. Makin rajin ke dapur

Hidup dan memasak tidak selalu berjalan seperti yang anda harapkan. Awal-awal dah ada barang masak tetapi kalau mood tak ada, masakan tetap tidak akan menjadi. Kalau si comel anda mula berselera makan, wajiblah anda rajin ke dapur. Mood akan datang secara tiba-tiba kerana niat si ibu yang mahu memenuhi kehendak si kecil.

SALAH SATU AKTIVITI SERONOK DI DAPUR...

2. Memasak akan jadi hobi menarik

Jika sebelum ini anda sangat malas untuk memasak, apabila ada si kecil di depan mata yang masuk ke dapur bersama, cara memasak akan jadi lebih kreatif. Dan jangan terkejut setiap hari anda mula mencari resepi baru untuk dicuba!  

3. Mula menghargai makanan

Sudah penat memasak, mana sanggup nak buang ke tong sampah. Kenyang macam mana pun anda dan keluarga pasti cuba habiskan bersama-sama. Anak-anak pun pasti lebih menghargai makanan sebab dah nampak depan mata kepenatan si ibu memasak.

4. Masa diisi aktiviti berfaedah

Tanggung jawab untuk ajar dan membuat suasana memasak menjadi lebih seronok untuk anak-anak. Saling membantu sambil menjelaskan mengenai proses atau bahan-bahan yang dipakai. Cipta suasana memasak menyenangkan untuk anak-anak agar mereka tidak tertekan dan menikmati masa dengan anda.

5. Jangan kawal, biar anak explore

Berselerak dan kotor memang anda akan hadap tetapi anak-anak akan seronok dan dekat dengan ibu. Sesekali barang jatuh dan tumpah, membuatkan dapur menjadi kotor. Jangan mengeluh dan cepat marah, anda boleh bersihkan dapur kemudian setelah selesai memasak, sekali gus mengajarkan si kecil bagaimana sikap bertanggung jawab.

6. Lebih kreatif masak

Bukan hanya memasak yang menjadi pengalaman baru baginya, tetapi anda juga boleh memperkenalkan pelbagai bahan yang ada di dapur. Tentu ini akan menjadi pengalaman yang seronok serta memberinya keberanian untuk mencuba sesuatu yang baru.

Macam mana kaum wanita? Selepas ini bolehlah terus masuk dapur ajak anak main masak-masak. Percayalah, kalau anda biasakan si kecil dengan dunia memasak, meningkat dewasa nanti minatnya ke dapur tidak hilang. Mesti si anak rajin ke dapur juga macam ibunya!