Berikut adalah petua yang boleh anda guna untuk membuang daki-daki dibadan terutamanya dibahagian celah-celah pelipat seperti ketiak, leher, peha, dan sebagainya.

 

Rendam segenggam beras, kemudian tumbuk sehingga lumat bersama dua inci kunyit hidup. Sapukan di atas badan dan biarkan seketika. Bila hampir kering, gosok bahan tersebut hingga jatuh. Selepas itu barulah cuci tubuh anda dengan air bersih.

 

Petua yang kedua, menggunakan pasir pantai.  Pasir pantai dikatakan elok untuk menghilangkan daki pada badan. Ketika berjemur di pantai, apa kata anda lumurkan pasir halus pada bahagian-bahagian tertentu badan. Jika selalu dilakukan, daki pada badan anda juga akan hilang.

 

Petua yang seterusnya adalah dengan menggunakan hampas kelapa. Amalkan menggosok hampas kelapa pada seluruh badan terutama sekali di bawah ketiak, leher dan di pangkal paha. Bagi kaki yang kasar dan pecah, hampas kelapa itu perlu dibungkus dan gosoklah tumit di atasnya.