Sudah menjadi kebiasaan masyarakat di Malaysia, suami dan isteri akan berganding bahu mencari rezeki untuk menampung kehidupan yang dipertanggungjawabkan kepada setiap pasangan suami isteri.

Suami akan terus sibuk dengan kerja-kerja yang telah diberikan oleh syarikat atau dimana mereka berkhidmat, tidak kalah juga dengan isteri yang terus memiliki tanggungjawab yang perlu dipikul selain tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Melalui zaman perkahwinan adalah satu zaman yang dianggap indah dipermulaan kehidupan dan terus bahagia bahagi dan berbahagia, akan tetapi ada sahaja cerita penceraian, kisah isteri tidak diberi nafkah setelah suami mengizinkan isteri bekerja dan pelbagai lagi isu yang bangkit tentang keruntuhan institusi rumah tangga ini

Mengaji Eratkan Kasih

Jom cuba tips bagaimana untuk menjadikan mengaji bersama sebagai salah satu  cara  mengeratkan hubungan suami dan isteri baik, barakah, dan menerima apa adanya suami dan isteri.

  1. Isteri harus memulakan dahulu untuk membawa perbincangan secara empat mata dan dibawa berbincang dengan tenang dan pasangan dalam keadaan emosi yang baik.
  2. Membuat perbincangan hari dan waktu yang disepakati oleh kedua belah pihak, pilihlah hari dan waktu yang keduanya rasa selesa dan memang boleh melapangkan diri.
  3. Mulakan dengan membuat perancangan secara sedikit demi sedikit, seperti jika tidak boleh setiap hari, buatlah seminggu sekali, jika tidak boleh seminggu buatlah sebulan sekali, bergantung kepada kesepatakan berdua.
  4. Mengaji setiap sesi cukup hanya 1 jam. Katakan pada diri, buat sedikit tetapi istiqamah dan berterusan.
  5. Buat remainder di telefon pintar anda yang akan mengingati keduanya untuk membaca Al-Quran
  6. Jika masing-masing outstation, kerja overtime buat group mengaji whatsapp atau telegram, rekod mengaji dan saling menghantar voice mengaji.
  7. Jika pasangan membaca agak merangkak, buat kaedah tadarus, membaca per ayat, selang seli, suami membaca ayat pertama dan isteri menyambung dan begitu seterusnya.
  8. Perbaiki makhraj huruf ( tempat keluar huruf).
  9. Perbaiki bacaan melalui tartil.
  10. Jika keduanya memiliki masalah bacaan Al-Quran, yang terbaik adalah mengambil satu guru mengajar ngaji yang boleh datang kerumah anda untuk mengajar kaedah yang betul. Dan guru juga dapat membantu anda untuk membuat satu jadual tetap dalam seminggu untuk mengaji bersama suami dan isteri yang sibuk bekerja.

Tambahlah ilmu untuk mencapai kebahagian didunia akhirat, Allah hanya menilai segala perbuatan manusia hanya melalui ilmu yang dipelajari dan diamalkan, akan tetapi Allah meminta kepada semua hambanya untuk terus belajar.

Apa Kata Al-Quran & Hadis Tentang Hubungan Suami Isteri

Ikatan perkahwinan adalah ikatan yang kuat.

‏Dan bagaimana kamu tergamak mengambil balik pemberian itu padahal kasih mesra kamu telah terjalin antara satu dengan yang lain, dan mereka pula (isteri-isteri kamu itu) telahpun mengambil perjanjian yang kuat daripada kamu?

An Nisa:21

Allah memerintahkan kita untuk menjaga diri dan ahli keluarga dari api neraka.

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.

At Tahrim:6

Dari Aisyah: Rasulullah bersabda: sebaik-baik kamu adalah yang paling baik kepada ahli keluarga. Riwayat al Tirmizi.

Sumber: Anna Rosdijanti Ahmat Rusdi, pemilik Be Ana Home Quran via Mingguan Wanita