Waktu bersanding, kedudukan isteri di sebelah kiri suami. Sebab ada yang kata asal kejadian perempuan dicipta dari tulang rusuk kiri lelaki. Benarkah? Kenapa tulang rusuk lelaki? Apa kaitan penciptaan ini dengan sifat wanita yang suami perlu ambil tahu?

Benar, ada hadis yang menyebut wanita dicipta daripada tulang rusuk lelaki. Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

اسْتَوْصُوا بِالنساءِ خَيْرًا، فإنَّ المرأةَ خُلقتْ من ضِلَعٍ ، وإنَّ أَعْوَجَ شيءٍ في الضِّلعِ أَعْلَاه ، فَإِنْ ذَهَبْتَ تُقِيْمُهُ كَسَرْتَهُ ، وإن تركتَه لم يزلْ أَعْوَجَ ، فاستوصُوا بالنِّساءِ خَيْرًا

Maksudnya : “Nasihatilah para wanita kerana wanita diciptakan daripada tulang rusuk yang bengkok dan yang  paling bengkok daripada tulang rusuk itu adalah pangkalnya, jika kamu cuba untuk meluruskannya maka ia akan patah, namun bilamana kamu biarkan ia maka ia akan tetap bengkok, untuk itu, nasihatilah para wanita”. (Riwayat Bukhari)

Ada ulama berpendapat ia cumalah perumpamaan untuk memaklumkan sukarnya nak membetulkan perangai orang perempuan ini. Ada juga yang mentafsirkan penciptaan wanita betul-betul dari tulang rusuk lelaki.

Hal ini dikaitkan dengan ayat yang menyatakan perempuan itu dicipta daripada satu penciptaan asalnya iaitu Adam.

Panduan Melayan Isteri Yang Bengkok Penciptaannya

Melihat Hikmah Menjaga Isteri

Dari sudut hikmah pula, seharusnya lelaki melihat perkara ini dari sudut bagaimana mereka perlu menjaga wanita. Wanita daripada anggota dalaman yang terjaga asalnya dan dilindungi oleh dada.

Ia juga pelengkap kepada kesempurnaan lelaki disebabkan rusuk lelaki hanya sempurna bilangan dengan adanya wanita di sisi mereka. Maka itulah, wanita selalu memerlukan dan mengharapkan lelaki ada bersama dengannya. Sebabnya, wanita adalah sebahagian daripada anggota badan lelaki.

Isteri Pelengkap Kekurangan Suami

Lelaki pula sentiasan memerlukan wanita untuk melengkapkan kekurangan hidupnya. Yang lebih utama ialah lelaki perlu berlemah lembut dan bersabar jika nak mendidik atau membetulkan orang perempuan. Kalau tak sabar dan nak cepat saja, atau berkasar maka ia boleh menyebabkan patah. Lebih parah jika ia jadi lebih rosak atau memberontak. Akhirnya wanita tak berjaya nak dididik.

Kuasa Pujukan Suami

Atas dasar itulah juga, suami kena pandai memainkan perananannya. Sebab itu, kena belai-belai, gosok-gosok, pujuk-pujuk bagi hilang sikit bengkok itu.

Sumber: Prof Madya Dr Mohd Nor Mamat, Associate Professor at Academy of Contemporary Islamic Studies, UiTM