Tak semua ibu selesa apabila anak bermain kotor tetapi ketahuilah ibu ayah sebenarnya dengan bagi peluang anak bermain kotor itu juga salah satu mendidik. Bukan nak suruh bermain kotor macam najis tetapi bagi peluang anak-anak keluar mesra dengan alam, contoh mudah selut atau pasir. Ini tidak, anak baru nak keluar bermain di luar kita dah risau baju anak kotor! Betul ke tindakan kita nak halang anak-anak bermain kotor itu?

Haaa... nak tahu lebih jauh, baca perkongsian dari Puan Liyana Raya ini...

Berhati-hatilah apabila anda beritahu kepada anak-anak anda pasal benda kotor. Itu kotor, ini kotor. Itu tak boleh dibuat main, kotor!

Yang kotor adalah najis. Setakat anak pijak tanah dan rumput berkaki ayam, kita kata kotor, kita bagi anak fikir apa terhadap rumput dan tanah?

Bermain kotor dan 'being messy' tiada masalah. Itu adalah fitrah anak-anak.

Sebab nanti, anak ni nak kena belajar utk cebok berak dia sendiri.

Fikir jauh sikit lagi... kita ni sebagai orang dewasa takkan selamanya muda. Kita semakin tua. .

Nak jaga kita esok masa tua banyak tau kemahiran yang perlu anak-anak kecil ni ada sekarang.

-Kemahiran pengurusan emosi

-Kemahiran pengurusan tingkah laku dia terhadap kita (buatnya kita ni dah sampai tahap nyanyuk, mau tak bergaduh kita anak beranak)

-Kemahiran pengurusan tenaga banyak mana diperlukan untuk bantu kita kalau kita sakit.

-Kemahiran untuk menguruskan pergerakan kita yang semakin slow and steady

-Kemahiran pengurusan diri dia sendiri dulu sebelum nak uruskan kita. Ni nak suap anak makan pun dah sengsara kita dibuatnya, macam mana anak nak suap kita makan esok-esok kalau kita dah tua?

Kalau tau membaca saja dan mengira saja, esok-esok dia tau membaca surat perjanjian di antara pusat jagaan org tua dengan dirinya dan tau kira duit saja bulan-bulan nak bayar 'penempatan' kita kat situ. The point is, apa guna anak belajar akademik tinggi lampai tapi last-last esok bila kita dah tua,kita duduk sorang-sorang kat pusat jagaan?

'Alah, budak tu kecik lagi. Esok dah besar, semakin dia membesar dia tahulah nak belajar berdikari mcm mana!'

Kata melentur buluh biarlah dari rebungnya.