Kehamilan adalah hadiah indah buat pasangan yang sememangnya menunggu kehadiran cahaya mata. Baik isteri dan suami akan bersungguh-sungguh agar kehamilan itu berlangsung dengan jayanya tanpa sebarang masalah.

 

Namun kadang ibu tidak mengerti tentang kesalahan yang dibuat sehingga memberi risiko kepada janin yang di kandung sehingga boleh menyebabkan keguguran. Sebelum terlambat, elakkan daripada melakukan kebiasaan ini semasa hamil.

 

1. Pakai Kasut Tumit Tinggi

Tubuh ibu hamil akan mengalami pertumbuhan, perut ibu akan membesar sehingga bayi cukup bulan untuk dilahirkan. Saat tubuh mengalami perubahan berat badan ia akan memberi kesan kepada bahagian punggung dan otot pinggang. Jika ibu memakai kasut tumit tinggi otot yang bekerja di sekitar pinggang akan semakin tegang. Ibu akan merasa tidak selesa dan mudah lelah, kaki akan bengkak dan mudah jatuh kerana tidak ada keseimbangan.

 

2. Pakai Baju Ketat

Sesetengah ibu hamil tidak mahu ketinggalan dunia fesyen walaupun ketika hamil. Ibu memakai pakaian yang terlalu ketat dan tidak nyaman di bahagian perut. Kononnya baju longgar atau baju mengandung kelihatan kolot dan tidak cantik. Sedangkan baju yang terlalu ketat pada bahagian perut akan membuatkan janin merasa tertekan, terutama baju itu mengikut bentuk tubuh. Bayi sukar untuk mendapatkan oksigen terutama janin berusia lima bulan ke atas dan sudah boleh bergerak.

 

3. Rawatan Di Sauna

Sauna sangat baik dilakukan untuk membuat tubuh menjadi lebih santai. Apalagi bagi ibu yang merasakan perubahan tubuh dan kesihatan selama kehamilan. Aktiviti sauna sebenarnya tidak terlalu dilarang dan boleh dilakukan dalam batas tertentu. Antaranya, hindari suhu yang terlalu panas, jangan sering ke sauna, memadai sebulan sekali. Jangan ke sauna ketika usia kandungan sudah lebih dari 3 bulan, bimbang akan mendatangkan kesan, bayi akan kepanasan di dalam tubuh ibu, keluarnya cairan yang berlebihan, kurangnya air ketuban dan risiko menyebabkan keguguran.

 

4. Tertekan Dan Stres

Janin dalam kandungan memiliki ikatan perasaan yang sangat kuat dengan ibu. Ketika ibu merasa tertekan, marah, dan stres janin dapat merasakan hal tersebut. Kesan terlampau stres ia boleh menyebabkan keguguran terutama jika usia kehamilan di bawah 3 bulan.

 

5. Memelihara Binatang Ternakan

Adakah ibu memelihara kucing atau binatang lain semasa kehamilan. Memiliki binatang peliharaan sememangnya menghibur, namun ia ada kesan negatifnya. Kotoran daripada binatang mendatangkan virus toksoplasmosis. Virus ini akan masuk ke dalam janin dan mengganggu pertumbuhan janin. Risiko paling besar daripada kesan virus toksoplasmosis adalah keguguran atau cacat janin. Saranan, jika ibu memiliki binatang peliharaan elak hubungan fizikal atau mengelakkan haiwan ini selama tempoh kehamilan.

 

6. Diet Semasa Hamil

Ramai ibu hamil melakukan diet sepanjang kehamilan kerana bimbang gemuk semasa hamil. Namun ia amat berisiko untuk janin,  kekurangan suapan makanan berkhasiat  selama pembesaran. Dapatkan nasihat doktor sebelum memutuskan untuk berdiet semasa hamil.

 

7. Merokok

Perokok aktif dan pasif sangat dilarang sepanjang usia kehamilan. Zat nikotin yang dihisap akan menyebabkan janin mengalami gangguan. Zat dari rokok akan menyebabkan masalah paru-paru dan gangguan berat pada janin.