Ini salah satu dilema bagi kaum ibu yang ada anak kecil yang kurang sihat, batuk-batuk dan berkahak. Nak bagi ubat pun boleh tetapi apa salahnya cuba rawat anak dengan bahan alami dulu. Petua ini dikongsi oleh seorang ibu muda, Farhany Ami Murad yang mana cara ini telah digunakan kepada anaknya, Salsabila yang kurang sihat.

 

Ikuti cerita dari ibu ini...

 

Jangan memain, batuk yang berpanjangan boleh menyebabkan jangkitan kuman dekat paru-paru tau. Nauzubillahiminzalik

 

Teringat pernah baca kalau nak hilangkan batuk boleh guna MADU. so far mmg ramai kata bagus guna madu. TAPI, bayi bawah 2 tahun tak digalakkan lagi makan.

 

So try cari alternatif lain. Cari punya cari jumpa satu blog suggest guna DELIMA sebagai pengganti madu, function dia sama macam madu, bersifat panas dan tergolong dalam kategori makanan yang boleh menghilangkan mukus.

 

Memang berkesan! Alhamdulillah batuk dia berkurang, dua tiga hari baru perasan yang batuk takde langsung. Mak mak yang 'over kalut' macam kita ni kalau anak batuk atau selsema bolehlah cuba.

 

Oh lupa nak bagitau, tindak balas jus delima ni nanti hingus akan cair keluar, sentiasa meleleh. So kena sedut selalu ya dan lendir kahak keluar melalui poopoo baby. Ini kesan yang saya nampak.

 

Kalau makin teruk please refer doktor ye?

 

Takda mak yang nak anak sakit, semua mak nak yang terbaik utk anak memasing tapi sakit demam batuk selsema tu tetap tak boleh nak elak, memang kena lalui jugak. Dari situ lah boleh kutip pengalaman sebagai sorang mak, nanti lama-lama jadi Pro dah. Supermom gitu!

 

*Anak anugerah ALLAH SWT. Amanah untuk mak ayah, usaha lah beri yang terbaik utk anak-anak ikut kemampuan kita.

 

Semoga beri manfaat untuk semua.

Ambillah berapa ulas yang mak mak suka. Tapi kita ambik sikit je. Boleh buat minum sekali je ni.

Picit-picit delima tadi biar keluar air jus dia, biji buang tau.

Ni lah kejadiannya, nak senang guna syringe je since Salsabila memang suka sangat sedut air guna benda alah ni.

Tadaa,sedut jangan tak sedut!

Tengok la feeling habis hisap jus tu.

 

NOTA:

Bagi minum sehari sekali pon okay dah.

Tapi dia ni 'hantu buah' bagi banyak kali pon tak puas.

 

Sumber: Farhany Ami Mu