Memang banyak kes dan kemalangan yang berlaku di taska mahu pun di rumah pengasuh. Perkara ini amat membimbangkan ibu bapa yang bekerja dan terpaksa menghantar anak mereka di taska atau di rumah pengasuh. 
 
Ada segelintir ibu bapa yang teliti dalam memilih taska untuk anak mereka. Namun ada juga yang tidak memiliki pilihan langsung. Jadi terpaksa menghantar anak-anak ke taska yang tidak memenuhi kehendak mereka. 
 
Kali ini MW kongsikan tip buat ibu bapa yang ingin tinggalkan anak di nurseri...
 
1. Hak memilih adalah hak kita. Pilihlah dengan bijak.
 
2. Bina hubungan baik dan positif dengan guru-guru nurseri anak-anak agar lebih mudah dan terbuka untuk berbincang secara santai dan sampai.
 
3. Kualiti perkembangan anak-anak adalah tanggungjawab kita. Nurseri hanya membantu secara profesional. Kita perlu pantau dan berhak mengetahui pandangan guru dari masa ke semasa.
 
4. Utamakan kualiti pembangunan anak kita berbanding penjimatan kos semata-mata.
 
5. Adalah hak kita untuk bersama nurseri berbincang tentang perkembangan anak-anak kita dan terletak di tangan kita hak untuk memilih mana-mana nurseri yang kita lebih yakini serta percayai atau bertukar ke mana-mana nurseri. Namun begitu, jangan sampai mengganggu emosi anak-anak kerana kerap bertukar pengasuh atau nurseri.
 
 
Selain lima tip di atas, ibu bapa juga seharusnya perlu kikis sikap yang mana taska bukannya tempat untuk mereka mencampakkan anak mereka begitu saja dan biarkan guru-guru yang mengendalikan anak-anak mereka sepenuhnya. Ibu bapa juga perlu tahu perkembangan anak-anak agar mereka boleh membesar dengan baik. Moga kedua-dua belah pihak boleh mainkan peranan agar anak selamat dan disayangi pengasuh walau ibu ayah sibuk mencari rezeki.