Satu hal yang orang kita paling susah nak buat adalah menyimpan. Manjang tak cukup saja alasannya. Sebenarnya tak susah pun nak bentuk habit menyimpan ni. Puan Rina Haryati Ibrahim yang juga Perunding Kewangan berkongsi tip menyimpan dengan kaedah paling efektif dan realistik.. ya REALISTIK!

Tak ada janji bulan bintang ya. Asalkan anda buat, anda dapatlah hasilnya.

1. Standing Instruction (SI) Atau Auto Debit

Buat potongan terus sebaik sahaja masuk gaji setiap hujung bulan. Set kan tarikh untuk simpanan duit tu sama dengan tarikh masuk gaji. Ingat, simpan dahulu dan selebihnya boleh belanja tanpa rasa bersalah.

2. Main Kutu

Ni salah satu kaedah simpanan secara berdisplin. Ajak beberapa orang kawan yang rapat dengan anda, dan penting kawan-kawan yang jujur. Tiap-tiap bulan, anda dan rakan-rakan bagi sumbangan RM200 setiap orang.

Bila dah berjanji macam ni mesti la anda segan untuk tidak bayar kan? Mesti rasa bersalah yang teramat sangat. Paling seronok bila tiba giliran anda untuk dapat duit. Seronok lain macam. Padahal memang duit simpanan anda pun. cuma psikologi yang berbeza.

3. Kumpul Ikut Warna Kegemaran

Samada si hijau, si merah, atau si oren, anda boleh buat color coding untuk simpanan anda. Kalau target anda si hijau, pastikan bila anda dapat je note RM5, terus masukkan je dalam tabungan yang dah anda sediakan. Anda akan jadi lebih semangat bila nampak tabung tu penuh dengan si hijau.

4. Simpan Duit Syiling

Ramai orang tak suka bawak duit syiling dalam poket atau beg duit. Selain berat, syiling akan menggunakan space yang banyak. Gemuk je nampak beg duit, padahal penuh dengan duit syiling je.

Apakata, lepas ni, setiap kali sampai ke rumah, masukkan je syiling dalam tabung, Teknik ini terbukti sangat realistik bila ada yang berjaya kumpul RM800 dengan cara kumpul duit syiling ni selama setahun. Hebat!

5. Buat Simpanan Di Akaun Bank Tanpa Kad ATM

Anda boleh pilih untuk membuat simpanan di akaun bank dan jangan apply kad ATM. Semua urusan kena ke kaunter bank.

Biasanya kalau perlu beratur di kaunter untuk berurusan ni ramai orang tak suka. Senang cerita, simpan lepas tu buat-buat lupa. Tapi jangan la pulak lupa kat mana anda simpan passbook.

6. Buat Simpanan Terpaksa

Biasanya bila dah terpaksa menyimpan ni kita akan jadi lebih berdisplin. Contohnya simpanan menggunakan plan Insurans. Sekarang plan Insurans bukan sekadar untuk perlindungan.

Plan simpanan dan pelaburan di Insurans juga beri pulangan yang sangat menarik dan kompetetif. Seperti plan Simpanan selama 6 tahun di HLA. Yang penting, plan simpanan ini dapat pastikan anda berdisiplin dalam terus membuat simpanan.

Selamat menabung. Insya-Allah.