Sekarang ini anak-anak seusia 2 tahun dah terdedah dengan Internet. Masuk sekolah rendah, ada yang dah pegang handpone sendiri, bermakna mudah untuk mereka akses laman sosial yang dihajati.

Memberi handphone dengan tujuan komunikasi mudah antara ibu dan ayah satu tindakan keselamatan yang boleh diambil. Tapi mak ayah perlu wujudkan sempadan akses Internet.

Bimbang, salah penggunaan anak-anak terdedah dengan pedofilia yang anak-anak sendiri tidak sedari bahayanya. Ada beberapa video tentang jenayah siber yang mak ayah boleh lihat di Internet. Google saja, pedofilia malaysia, mak ayah akan jumpa 186,000 maklumat yang menyeramkan dalam tempoh carian 0.40 saat. Seram bukan?

MW bukan mahu memberi kebimbangan, tapi kita cari solusi bagaimana mahu bantu mak ayah lindungi anak-anak kita dari jenayah siber yang berleluasa.

Ini panduan yang dikongsikan dari Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (CMCF) menerusi Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia (CMCF) Malaysia.

Langkah Berjaga-jaga Yang Boleh Diambil

Segera Catat Maklumat

Jika anak anda mengadu ada orang cuba mendekatinya di atas talian, segera catat seberapa banyak maklumat yang mungkin, termasuklah nama skrin atau alamat e-mel individu yang menghubungi anak anda; catatkan URL chat room berkaitan, sekiranya ada; dan catatkan tarikh serta masa individu berkenaan menghubungi anak anda. Kemudian, segera laporkan kejadian itu kepada polis atau CMCF.

Alihkan Router

Alihkan router ke ruang keluarga dan jangan diletakkan di dalam bilik mereka.

Sedarkan Tentang Bahaya

Beritahu pelajar-pelajar khususnya tentang pelbagai jenis bahaya yang boleh berlaku di atas talian seperti ancaman, ugutan, atau cacian. Atasi masalah bukan berkaitan seksual serta penganiayaan seksual di Internet. Pastikan para pelajar serta ibu bapa sedar tentang kewujudan bahaya berkenaan dan tempat di mana mereka boleh membuat aduan atau laporan bagi menangani jenayah Internet.

Terangkan Keselamatan Internet Dengan Anak

Salah satu perkara utama yang perlu dilakukan ialah memulakan proses perbincangan keselamatan di atas talian bersama anak-anak anda pada usia muda, terutamanya apabila mereka mula melakukan aktiviti yang melibatkan ITnternet.

Nasihatkan 'Jangan Up Di Media Sosial'

Nasihat terbaik yang boleh diberikan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan anda ialah: "Jika kamu enggan melakukannya secara berdepan, jangan lakukannya di atas talian."

Fikir Dulu Sebelum 'Up Status' Di Media Sosial

Internet adalah tempat yang amat menarik, tetapi anda perlu berhati-hati dengan apa yang anda lakukan dan katakan semasa berada di atas talian. Jangan mengatakan sesuatu yang tidak mungkin akan anda cakap ketika berbual dengan keluarga anda. Fikir tentang apa yang ingin anda lakukan atau katakan, kerana anda mungkin akan menyesal apabila apa yang anda lakukan menyakiti seseorang atau diri anda sendiri.

Awasi Anak Ketika Mereka Layari Internet

Prinsip utama dan yang paling asas ialah kanak-kanak tidak boleh sekali-kali dibiarkan melayari Internet atau peranti mudah alih tanpa pengawasan. Mereka mungkin lebih mahir menggunakan peranti seperti iPad Mini berbanding kebanyakkan orang dewasa. Anda perlu menetapkan aturan agar peranti berkenaan melupakan kod akses WiFi supaya mereka tidak dapat akses ke atas talian tanpa pengawasan ibu bapa.

Aktifkan Akaun Clouds Peribadi, Letak Passcode

Anda boleh mengaktifkan akaun clouds peribadi untuk anak-anak anda melalui Respect Network di dalam semua peranti di mana mereka mungkin atau boleh mendapat akses ke internet, ia mempunyai Passcode (kata laluan) yang hanya anda tahu dan setiap peranti akan menyekat laman-laman web yang dianggap berisiko.

Berbincanglah Secara Terbuka

Menetapkan sempadan dan mengadakan perbincangan (bersesuaian mengikut umur) secara terbuka tentang aktiviti di atas talian anak-anak anda berupaya memupuk minda mereka untuk belajar tentang kelebihan dan menyedari bahaya Internet.

Sumber: CMCF Malaysia via Mingguan Wanita