Menjadi seorang ibu bukanlah pekerjaan yang mudah. Seorang ibu harus multitasking dalam segala hal. Kejap bertukar menjadi tukang masak dalam keluarga, doktor, guru, dan semuanya dalam satu waktu. Sebab itulah kenapa peranan ibu sangat diperlukan dalam sebuah rumah dan keluarga.

Namun macam mana dengan rumah tanpa adanya seorang ibu? Mungkin ada bab tertentu yang anda boleh lakukan sendiri tanpa bantuan, namun realitinya terselit juga beberapa perkara lain yang mungkin anda tak boleh hidup jika tak ada ibu.

Ibu memang luar biasa dari sudut melengkapi. Bayangkan bagaimana jadinya kalau anda hidup tanpa ibu? Nak tahu situasi, anda kena cuba jadi anak yang merantau dan tinggal jauh dari ibu. Anda pasti paham dengan perbezaan dan kehilangan ini...

1. Dengan adanya ibu, peti ais selalu penuh. Tanpa ibu, jumpa sebotol air sejuk pun sudah memandai dan cukup untuk 2 hingga 3 hari akan datang.

2. Dengan ibu, pakaian selalu rapi dan siap untuk dipakai. Tanpa ibu, mungkin anda terpaksa hantar ke dobi!

3. Dengan ibu, setiap kali waktu pagi dan petang ada minuman hangat di atas meja. Tanpa ibu, anda kena pergi ke minimarket untuk secawan kopi setiap hari.

4. Dengan ibu, waktu anda sakit ibu akan selalu ada menemani. Tanpa ibu, anda terpaksalah menjaga dirimu sendiri.

5. Dengan ibu, rumah lebih kemas dan teratur. Terutama bab basuh pinggan sebab ibu pantang tengok dapur sepah. Tanpa ibu, boleh jadi setiap hari sinki anda akan penuh dengan pinggan dapur.

Haaa... macam mana dengan pengalaman dan pandangan anda sendiri? Adakah anda sudah mengalami beberapa perkara di atas, cuba kongsi dengan pembaca lain apa emosi anda!