rangsang anak

Rupanya salah satu cara nak bagi anak jadi cerdas adalah menyuntik rangsangan dalam diri anak-anak. Kadangkala bila ibu terlalu sibuk uruskan hal rumah atau mengendalikan bisnes part time, mereka sampai terlupa memberi rangsangan pada anak kecilnya.

Ikuti pandangan dan saranan daripada Puan Maryam Jamadi, Occupational Therapist / Terapi Cara Kerja ini. Ibu sebenarnya boleh memberikan rangsangan pada anak kecilnya semasa menguruskan kesibukan mereka. Ini panduannya.

Ibu Yang Sibuk! Sambil Memasak, Membasuh Dan Mengemas Pun Boleh Rangsang Kecerdasan Anak, Ini 9 Panduannya

Suri Yang Sibuk, Baca Ini

“Puan, kenapa ya perkembangan anak saya lambat berbanding anak kawan-kawan saya yang dihantar taska atau pengasuh? Sedangkan saya sanggup berhenti kerja untuk jaga dia sendiri. Apa salah saya?”

Tak ada salahnya sekiranya anak mendapat cukup rangsangan di rumah. Yang salahnya, bila di rumah tiada komunikasi bersama. Maknya sibuk mengurus rumah, anak diletakkan di “baby court”/buaian sambil tv terpasang sepanjang hari.

Tiada rangsangan deria.
Tiada komunikasi bersama, kalau ada pun dengan iringan bunyi tv.
Tiada tempat untuk di terokai, hanya di “babycourt” sebab mak penat nak kemas rumah bersepah.
Tiada tempat yang luas untuk merangkak laju, hanya ruang “baby cot” sahaja.

Menjadi suri rumah memang memenatkan lagi-lagi anak yang jenis nak melekat 24 jam macam “koala bear”, memang buat mandi tak basah, makan tak kenyang, solat tak khusyuk, nak buang hajat pun kadang-kadang tunggu suami balik kerja. ?

Ini baru cerita anak sorang, belum 5 orang. Mana nak urus anak kecil, mana nak urus anak sekolah kebangsaan, petang sekolah agama. Mak pengsan. Tapi jangan kita jadikan alasan sibuk mengurus rumah, tak sempat merangsang perkembangan anak. Sebab semua aktiviti mengurus rumah juga boleh dikaitkan dengan merangsang perkembangan anak.

Jadi, disini saya nak kongsikan tips mengurus rumah sambil merangsang perkembangan anak.

IKLAN

SEMASA MEMASAK

1. Basuh Beras ?

Masa sebelum basuh beras, boleh bagi anak umur 6 bulan keatas (sudah boleh duduk) untuk ramas-ramas tangan dalam periuk nasi sambil beralaskan surat khabar. 5 minit duduk bersama pun dah cukup dalam sehari. Aktiviti ini bagus untuk merangsang deria sentuhan dan motor halus.

2. Potong Sayur Dan Buah ???

Sambil potong atau basuh sayur dan buah boleh perkenalkan nama sayur pada anak, beri anak rasa bentuk dan tekstur sayur sekali. Bagus untuk meningkatkan kosa kata anak sambil merangsang deria sentuhan. Boleh juga bagi anak rasa dan bau jenis sayur yang boleh dimakan tanpa masak. Contohnya lobak merah, beri anak main sekejap tapi kena perhatikan takut anak tercekik.

3. Basuh Ayam Atau Ikan ?

Tunjukkan ikan yang belum dimasak pada anak sambil sebut nama ikan. Boleh juga beri anak sentuh ikan mentah untuk deria sentuhan. Tapi jangan lupa basuh tangan!

IKLAN

4. Jika anak berminat dengan proses di dapur, mak ayah bolehlah masak sambil bercerita. Buat macam chef dalam tv. ?

5. Jika anak ada menunjukkan minat memasak, belikan set dapur mainan untuk anak. Sambil kita memasak, sambil anak memasak juga. Tak kira anak lelaki atau perempuan. ?

MENGURUSKAN PAKAIAN

1. Semasa Membasuh Baju

Minta tolong anak untuk asingkan baju gelap dan cerah. Selepas itu boleh minta anak tolong masukkan dan keluarkan baju dari mesin basuh. (Mesin basuh jenis “front load”).

2. Semasa Menyidai Baju Dan Mengangkat Baju

IKLAN

Minta tolong anak untuk sepit-sepit bajunya sendiri di penyidai. Sangkut penyidai sepit di pagar dahulu, sama tinggi dengan anak. Sama juga bila mengangkat baju. Boleh latih bila anak sudah pandai menerima arahan. Bagus untuk deria sendi. Boleh juga tolak bakul bersama-sama anak.

SEMASA MENGEMAS

1. Menyapu

Latih anak untuk mengemas mainan sendiri, kutip segala sampah yang boleh dikutip.
Mak cuma perlu memantau sahaja ala-ala “queen”. Nampak macam buli anak, tapi aktiviti ini bagus untuk skil motor halus. Belikan penyapu kecil, latih anak untuk menyapu sampah.

2. Menyusun Barang

Sambil susun barang, sambil latih dimana barang-barang sepatutnya diletak. Boleh juga, mak jadi ala-ala “queen”, hanya tanya mana barang sekian-sekian dan minta anak cari untuk anak bawah 2 tahun. Bagus untuk merangsang deria penglihatan dan fokus anak. Jadikan aktiviti ini seperti “game” walaupun dalam hati “senang kerja aku tak payah mengutip”.

Banyak sebenarnya yang kita boleh kaitkan mengurus rumah sambil melatih anak berdikari. Ikut kreativiti kita sahaja. Anak gembira sebab dapat ikut mak buat kerja, mak pun swnang hati bila lama-lama kerja jadi mudah. Dalam melatih anak pula, bukan sehari dua tangan mereka sudah cekap. Perlukan kesabaran yang tinggi, sentiasa beri semangat supaya mereka tak putus asa.

Selamat mengemas sambil bermain dengan anak. Semoga bermanfaat, terima kasih.

Sumber/Foto: Maryam Jamadi via Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI