Ibu Ini Kongsi Cara Kira Beli Barang Dapur & Simpan Bagi Segar Untuk 2 Minggu, Berguna Untuk Mak-Mak Super Sibuk

Melewati facebook Dr Hani Mynis atau nama sebenarnya Norhanisah Abdullah, 31 tahun sememangnya mengagumkan terutama bab pengurusan rumah tangga. Sangat sistematik, tip top dan boleh dijadikan contoh terbaik mak-mak.

Perkongsian cara kira beli barang dapur dan simpan barangan itu bagus untuk dipraktikkan oleh mak-mak super sibuk. Sebabnya jika betul cara pembelian dan penyimpanan, barang dapur seperti protien dan sayuran ini boleh kekal segar sampai 2 minggu.

Rutin beliau untuk penyediaan ini hanyalah dilakukan pada hujung minggu.

Selalu beli barang dapur seminggu sekali, bulan ni cuba beli barang dapur untuk 2 minggu terus. Nak tengok sejauh mana penjimatannya. Sebelum ni untuk barang basah (protein dan sayur) kitorang peruntukan RM150 seminggu. So jom kira utk dua minggu ni jimat dia macam mana.”

 

 

Buat Kira-kira Beli Barang Dapur

Ayam dua ekor (4kg lebih) = RM 33

√    Dapat masak 6 jenis masakan

Daging lembut (top side) (1kg) = RM20

√    Dapat masak 2 jenis masakan

Sotong 2 kg = RM22

√    Dapat masak 5 jenis masakan

Udang 1/2 kg = RM 14

√     Jadikan perencah untuk 3 jenis masakan

Ikan kembung batu 1kg = RM8

√     Untuk satu jenis masakan

Ikan pari (satu potong) = RM17

√     Untuk dua jenis masakan

Ikan bawal (2 ekor) = RM18

√     Untuk satu jenis masakan

Jumlah barang basah untuk 20 jenis lauk (untuk tiga minggu dah ni) = RM 132

IKLAN

Sayur pun Hani beli untuk dua minggu gitu. Untuk sayur minggu ke dua , hani beli sayur jenis buah instead of beli yang jenis berdaun. Sayur jenis buah lebih tahan lama (sesuai untuk minggu kedua) kalau betul cara simpannya.

Kos beli sayur semua = RM45

Jumlah keseluruhan = RM177 (berbanding RM300/dua minggu sebelum ni, jimat sangat ni)

Kesimpulan: maka nya lepas ni berbanding shopping seminggu sekali, boleh lah shopping dua atau tiga minggu sekali. Lagi menjimatkan.

Cara dan tips simpan protein hani dah pernah share sebelum ni: https://www.facebook.com/hani.mynis/posts/10155152312054094

Cara dan tips prep sayur pun hani dah pernah share sebelum ni: https://www.facebook.com/hani.mynis/posts/10155506991834094

Hani sejenis rancang dulu menu mingguan sebelum membeli. Lebih jimat duit (sebab tak beli benda yang luar keperluan) dan jimat masa (tak perlu hari-hari fikir nak masak apa hari ni)”

Detail Cara Penyimpanan Barang Dapur

 

Ibu Ini Kongsi Cara Kira Beli Barang Dapur & Simpan Bagi Segar Untuk 2 Minggu, Berguna Untuk Mak-Mak Super Sibuk

 

Protein

Daging ayam = basuh bersih-bersih, asingkan portion dalam satu bekas untuk satu lauk

Daging lembu = tak perlu basuh, asingkan portion dalam satu bekas untuk satu lauk. Elok potong siap-siap.

 

IKLAN

Ibu Ini Kongsi Cara Kira Beli Barang Dapur & Simpan Bagi Segar Untuk 2 Minggu, Berguna Untuk Mak-Mak Super Sibuk

 

Sotong = siang dan basuh bersih, potong siap-siap (ikut jenis lauk), dulu Hani tak letak air, tapi saja nak try untuk stok dua minggu ni, Hani letak air.

Udang = siang dan basuh bersih, asingkan ikut portion lauk dalam bekas berbeza, rendam dalam air.

Ikan kembung = siang dan basuh bersih, rendam dalam air.

Ikan pari = gaul dengan air asam jawa (selama 15 minit macam tu), basuh bersih dan masukkan dalam bekas, tak rendam dalam air.

Ikan bawal = gaul dengan air asam jawa, basuh bersih dan masukkan dalam bekas, tak rendam dalam air.

 

Ibu Ini Kongsi Cara Kira Beli Barang Dapur & Simpan Bagi Segar Untuk 2 Minggu, Berguna Untuk Mak-Mak Super Sibuk

 

Sayur guna teknik rendaman:
Taugeh
serai
Bunga kantan
Lobak
Halia lengkuas kunyit hidup

Sayur guna teknik plastic wrap
Labu air
Kobis
Kobis bunga
Timun

Sayur masuk dalam plastik kedap udara @ ziplock bag (lapik tisu dapur)
Terung
Kacang buncis @ panjang
Sayur berdaun

IKLAN

Sayur masuk dalam bekas berlapikkan tisu kering
Cili-cili
Limau-limau
Daun-daun
Tomato

 

Ibu Ini Kongsi Cara Kira Beli Barang Dapur & Simpan Bagi Segar Untuk 2 Minggu, Berguna Untuk Mak-Mak Super Sibuk
Masukkan dalam bekas transparent.

 

Ibu Ini Kongsi Cara Kira Beli Barang Dapur & Simpan Bagi Segar Untuk 2 Minggu, Berguna Untuk Mak-Mak Super Sibuk
Menu mingguan dalam meal binder Hani.

 

Ibu Ini Kongsi Cara Kira Beli Barang Dapur & Simpan Bagi Segar Untuk 2 Minggu, Berguna Untuk Mak-Mak Super Sibuk
Detail perancangan menu mingguan kat story highlight.

 

Tip Beli Sayur Untuk Mak-mak

Tipikal kebanyakan isteri dan mak-mak bab shopping paling kitorang suka. Kalau Hani, paling syok masa shopping sayur. Satu, seronoknya kalau tengok sayur hijau-hijau fresh segar bugar dari ladang. Dua, seronoknya lah kalau jumpa sayur-sayur kampung yang rare, ulam-ulam yang susahnya nak jumpa kat kedai runcit area rumah atau pasaraya.

Sayur berdaun (sawi bayam kangkung) – pilih yang batangnya kecil daunnya besar (kurang pahit)

Bendi – selalu orang cakap kalau nak pilih bendi yang muda, patahkan hujung bendi kan? Kalau senang patah, muda lah tu. Haha pernah sekali kemain ralit dok nak patahkan bendi, kena tegur dengan tokey sayur. Dia ajar kalau nak tahu bendi muda ke tua tak perlu patahkan hujung pun, memadai tekan-tekan pegang sikit-sikit bendi tu, kalau rasa lompong je dah tua lah, kalau tekan padat je rasa maka itu bendi muda. Cara lain tengok hujung dia, kalau panjang je, muda; kalau kontot je dah tua la tu.

 

Ibu Ini Kongsi Cara Kira Beli Barang Dapur & Simpan Bagi Segar Untuk 2 Minggu, Berguna Untuk Mak-Mak Super Sibuk

 

Kacang panjang – sama macam bendi, just pegang dan tekan-tekan sikit, kalau lompong je rasa macam kosong je dalam tu, tua lah dia. Tapi kacang panjang senang sikit nak tengok, visually kita dah boleh nampak dia tua ke muda. So pilih yang kurus-kurus slim-slim tak ada benjol-benjol sepanjang kacang panjang tu.

Tomato – nak pilih tomato kena tahu bila kita nak masak dia (sebab tu kena buat meal planning before shopping). Agak-agak nak guna tomato tu lagi 4-5 hari beli yang kehijauan sikit. Agak-agak nak masak esok lusa boleh beli yang merah dan dah masak ranum gitu.

Timun – timun ni senang nak pilih, pilih yang kurus, lurus dan pangkal nye hijau tapi bukan hijau terlalu pekat (takut timun pahit) dan hujungnya masih kehijauan. Kalau hujung nya dah putih atau kuning maknanya itu timun tua.

Peria – peria yang tua lebih pahit dari yang muda, pilih yang rupanya elok dan tak de kesan pecah. nak tahu yang muda ambil yang garisan-garisan kat luar peria tu rapat-rapat daripada yang jauh-jauh. Peria yang kecil bermakna dia lagi muda dari yang besar

Lobak – pilih yang saiz sederhana, kurus-kurus, warna terang dan takde kesan torehan atau berlubang. Lagi manis.

Sayur berubi – macam ubi keledek/kayu, pilih yang takde kesan potong atau torehan (kalau ada, dia dah kurang manis), yang belum bertunas dan tidak berlubang-lubang.

Terung – pilih yang warnanya sekata, terang, tiada tompokan perang/putih, takde lubang-lubang dan kawasan lebam. Pilih terung berdasarkan menu masakan. Kebiasaanya terung bulat untuk masakan berkuah (kari, asam pedas, kuah dalca, lemak cili api). Terung panjang untuk makanan bergoreng atau sedikit kuah (terung goreng sambal berlada, terung masak kicap, pajeri terung).

Sumber/Foto : Hani Mynis

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI