Mula menyanyi sejak berumur sembilan tahun, penyanyi Masya Masyitah mempunyai impian tersendiri untuk dicapai.
Penyanyi yang tampil dengan single Hapus itu juga kini sedang berjinak-jinak dalam bidang perniagaan apabila mengusahakan Delici by Masya yang menyediakan aneka kek dan biskut, hasil air tangannya sendiri.
“Perniagaan ini baru sahaja saya usahakan pada tahun lalu dan alhamdulillah ia mendapat sambutan memberangsangkan daripada orang ramai.
“Buat masa ini saya hanya lakukan secara kecil-kecilan menerusi jualan atas talian kerana mahu lebih fokus agar kualitinya terjaga.
Ads
“Seronok berniaga kerana rasa puas hati apabila dapat hasilnya dalam masa singkat, selain penat lelah yang dirasakan berbaloi,” akuinya.
Meski usianya baharu menginjak usia 20 tahun, dia sudahpun memiliki rumah sendiri yang dibeli daripada wang simpanannya semenjak awal menceburi bidang seni.
Lebih membanggakan rumah jenis kondominium yang berharga RM300,000 itu dibeli secara tunai.
Ads
“Alhamdulillah impian saya memiliki rumah sendiri tercapai pada tahun lalu dengan menggunakan wang simpanan hasil penglibatan saya dalam bidang seni termasuk penyertaan dalam pelbagai pertandingan sejak kecil lagi.
“Saya usahakan untuk membeli secara tunai kerana tidak suka berhutang dan cuba mengelakkan daripada rugi dengan membayar lebih untuk kadar faedah dan sebagainya.
“Rumah itu saya diami bersama ibu saya, sementara bapa masih di Kulim, Kedah kerana terikat dengan komitmen kerjanya,” kata Masya yang mahu memberikan contoh terbaik buat remaja sebayanya.
Sweet sangat bila suami diam-diam buat hadiah kejutan hari jadi untuk isteri. Cerita Adnan Bin Mat Abu ini lebih istimewa lagi, bila mana bukan sekali hadiah kejutan untuk isterinya, malah kali kedua siap hadiahkan gelang emas dalam shellout.
Lagi istimewa, hidangan shellout tu dari air tangannya sendiri. Kongsi, suami ini dalam grup masakan terkenal, Masak Apa Hari Ni (MAHN), dia mendapat idea untuk menyorokkan gelang emas dalam shellout daripada anaknya.
Pada hari lahir isterinya, di sebelah siang Adnan sudah membuat kejutan kepada isteri dengan memberi hadiah kek dan jambangan bunga ke sekolah tempat isterinya mengajar. Menerusi hantarannya di laman facebooknya, isterinya yang juga seorang guru begitu terharu dengan ‘surprise’ yang suami sediakan.
Sehingga kelihatan titisan air mata di wajah isteri. Tentu sekali isteri rasa begitu dihargai oleh suami tercinta.
Pada sebelah malam pula, sekali lagi suaminya membuat kejutan kedua. Dihadiahkan pula isteri gelang emas pasir padu.
“Malam ni Abah nak kejutkan lagi.. abah nak bagi hadiah ni kat ibu.”
Anaknya yang bernama Acu pun sama terkejut lihat hadiah gelang tangan ibu. Dari situlah timbul idea si anak agar ayah ‘letak’kan dalam shellout.
Ketam, udang dan fish ball Abah rebus dulu. Waktu merebus, jangan isi terlalu banyak air dan jangan buang air rebusannya. Boleh masukkan ketika masak sosnya supaya sos tak terlalu pekat.
Tumis bawang putih dan bawang holland dulu baru masukkan sotong.
Bahan utama untuk perasa.
Masukkan semua bahan yang direbus dan ditambah serbuk lada hitam.
Akhir sekali masukkan lada benggala.
Kali ni tak makan dengan nasi. Makan dengan spaghetti.
TQ Acu bagi idea kat Abah. Doakan jodoh ABAH dan OMAK hingga ke Jannah… Abah sayang semua.
Pelakon, penyanyi, pengacara dan penyampai radio, Hunny Madu akhirnya mengesahkan yang dia sudah mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan jejaka Itali bergelar chef di ibu kota, Fedrighi Francesco pada 2 Mei lalu.
Hunny sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Khairul Azhar Abdul Wahid, namun menemui titik noktah pada Oktober 2018. Mereka berkahwin pada 2010.
Majlis Nikah Ringkas
Majlis pernikahan dilakukan secara atas talian memandangkan situasi pandemik COVID 19 masih belum reda. Malah majlis pernikahan yang diadakan di kediaman keluarganya di ibu kota itu tidak membabitkan tetamu.
Suaminya yang memeluk agama Islam sejak Februari lalu sudah menetap di Malaysia sejak Januari 2018. Mereka berkenalan sekitar awal Januari tahun lalu.
“Kami hanya maklumkan keputusan berkahwin ini kepada keluarga terdekat dan kawan rapat saja. Majlis nikah itu memang begitu ringkas dan hanya disaksikan adik beradik, ibu bapa dan dua anak saya. Ustaz yang bertugas menjadi saksi pernikahan kami berada di lokasi berbeza.
“Baju nikah pun kami pinjam sebagai memenuhi syarat kerana keterbatasan waktu untuk menyiapkan yang baru. Cukup sebegitu untuk jadi memori kenangan saya dan suami,” ujarnya.
Tambah Hunny lagi sepatutnya, majlis resepsi sepatutnya diadakan bulan September lalu.
“Namun terpaksa ditunda kerana ada hal yang tak boleh saya kongsikan. InsyaAllah majlis yang dirancang itu akan diadakan pada masa yang lebih sesuai waktu mendatang,” katanya.
Bercuti Di Langkawi Umpama Bulan Madu
Pasangan ini juga sempat ke Pulau Langkawi untuk percutian keluarga yang turut membabitkan dua anaknya, Eva Medina, 8, dan Adam Musa, 3.
“Nak kata bulan madu pun tidak. Tapi percutian baru baru ini itu umpama bulan madu bersama keluarga kecil saya,” ujarnya.
Hunny juga memanjat kesyukuran kerana dipertemukan dengan suami yang disifatkan cukup baik kepada dirinya, anak serta keluarga.
“Saya bertuah ada dia. Dia buat saya bahagia. Semoga hubungan kami ini akan kekal sampai ke jannah. InsyaAllah,” katanya.
Mohon Maaf
Dalam pada itu, Hunny juga ingin memohon maaf kepada pihak yang terasa dengan gambar posnya bersama cinta hati yang dianggap keterlaluan dikongsi di Instagram.
“Semua itu timbul sebab ada yang tak tahu perkara sebenar yang saya dan dia sudah berkahwin. Sebab itu saya ambil kesempatan untuk meleraikan persoalan itu,” sambungnya.
Sumber Foto: Instagram Hunny Madu
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sehari tak jumpa anak isteri pun dah rindu amat, inikan pula terpisah tujuh bulan lamanya. Disebabkan pandemik Covid-19, ayah ini Mohd Azaruddin Tukari terpisah jauh dan lama dengan anak-anak dan isteri.
Apabila tuhan bukakan peluang bertemu tiga orang anaknya dan isteri, pasangan ini mahu cipta detik pertemuan yang akan dikenang selamanya. Ayah ini menyamar jadi ‘orang aircond’ yang datang membaiki alat penghawa dingin.
Biarpun wajah ayah bertutup dan menyamar, tiga orang anaknya tetap boleh rasakan itulah ayah mereka.
Terkandas selama tujuh bulan di Singapura. “Satu tempoh yang kami tak pernah jangka. Terlalu banyak air mata yang jatuh.” Catat isterinya, Massoezailin Saleh.
Detik pertemuan yang dirancang ayah ibu ini kemudiannya divideokan yang akhirnya mengundang sebak di hati siapa yang menontonnya.
Kongsi isteri ini, “Menyamar sebagai “orang aircond”. Tetapi anak-anak tetap ada instinct bahawa itulah papa mereka.
Surprise yang Mass dan suami dah plan since dapat berita suami Mass dapat approval untuk balik akhirnya menjadi.
Saat yang kami tunggu. Allah makbulkan doa-doa kami dan semua ahli keluarga serta sahabat semua. Alhamdulillah. Terima kasih semua
Memang bukan senang sepanjang tempoh berjauhan selama hampir 7 bulan terpisah. Satu tempoh yang kami tidak pernah jangka. Terlalu banyak airmata yang jatuh. Tapi, semua ni ketentuan Allah. Seribu satu hikmah untuk kami.
Allah pinjamkan 14 hari untuk kita bersama. Sabtu depan, kita terpaksa berpisah semula. Setiap kali pandang suami, seakan tak percaya yang dia ada di sisi. Anak-anak juga memang akan melekat dengan papa. Melepaskan kerinduan mereka. Akan bercerita momen-momen penting sepanjang ketiadaan papa di sisi.
Kami doakan sesiapa sahaja yang terpisah kerana virus ini, Allah akan satukan kamu semua dengan segera.
Semoga virus ni Allah angkat dan hapuskan dari bumi dengan segera. Doakan kami kuat untuk hadapi saat perpisahan minggu depan.
“Video ni asalnya Mass hanya nak record untuk kenangan kami sekeluarga. Dan nak share dengan kawan-kawan dan saudara mara. Tak sangka jadi viral.. video pun berkecamuk kan… Hahaha..
Ramai yang tertanya-tanya, apa cerita sebenar kan.. Sebenarnya suami Mass kerja di Singapura. Berada di sana sejak PKP 18 Mac. Kami hampir putus harapan untuk dia dapat pulang. Tapi doa adalah senjata kami.
Doa anak-anak, doa ibu abah, mak, adik beradik, kawan-kawan dan seluruh ahli keluarga Allah makbulkan. Alhamdulillah.. Akhirnya pertengahan bulan September suami dapat kelulusan dari company tempat dia bekerja. Terima kasih SMRT Buses Pte Lte meluluskan kepulangan dan cuti dan atas segala urusan pulang dibantu oleh syarikat SMRT.
Walau hanya sementara, kami tetap bersyukur. Allah berikan kesempatan.
Ramai yang pm, whatsapp.. Samada yang kenal atau tak. Doakan kami dan share cerita masing-masing dengan Mass. Banyak cerita yang lebih sedih dari kami sebenarnya.. Mass doakan kamu semua dipermudahkan urusan dan diberikan ketabahan dalam menghadapi semua dugaan.
Terima kasih semua media yang share tentang cerita kami. Tiada lain yang kami harapkan selain virus ini cepat dilenyapkan dari muka bumi ini dan semuanya kembali pada keadaan biasa.
Kepada yang masih terpisah, teruskan berdoa. Jangan putus harapan.
Tak kira dimana anda berada. Terus kuat hadapi segala dugaan. Mesti ada hikmah. Allah uji sebab Allah sayang.
Untuk yang sentiasa bersama, hargai lah keluarga. Kerana kita tak tahu bila kita akan terpisah.. Samada terpisah sementara atau terpisah selamanya..”
Salam sayang dari kami sekeluarga, Azaruddin, Mass, Iris, Irene dan Inez
MW :Mendoakan agar mereka yang terpisah jauh disebabkan pandemik Covid-19 ini dipermudahkan urusan mereka dan diberikan kelapangan rezeki.