Pelakon Sana Khan mengumumkan untuk tinggalkan dunia hiburan dan berharap serta berdOa taubatnya diterima Allah setelah beliau sedar bahawa apa yang dia lakukan selama ini sesuatu yang sia-sia.
Ternyata tindakan Sana Khan ini bukanlah sesuatu yang mudah, dalam usia yang begitu muda dan sedang disanjung, dia mengambil keputusan nekad untuk tinggalkan segalanya.
Selepas 15 tahun bergelumang dalam dunia lakonan, aktres terkenal Bollywood, Sana Khan akhirnya menyedari kerja-kerja yang dilakukannya itu tidak menggembirakannya.
Ads
Harap Taubat Diterima
Bahkan, sejak beberapa hari lalu pelakon jelita berusia 32 tahun itu tertanya-tanya apakah makna sebenar kehidupan seorang manusia semata-mata mengejar kekayaan dan kemasyhuran?
Bertitik-tolak pada kesedaran serta petunjuk yang diperoleh, Sana mengumumkan hasratnya meletakkan noktah pada kerjaya seni dan beralih untuk mengabdikan diri pada Yang Maha Esa.
“Hari ini saya membuat keputusan yang penting dalam hidup. Saya sudah melalui kehidupan dalam bidang seni bertahun-tahun lamanya dan sepanjang perjalanan itu, saya amat bersyukur kerana dikurniakan kemasyhuran, penghormatan dan kekayaan.
“Namun, sejak beberapa hari lalu, saya memikirkan apakah maksud sebenar dalam kehidupan manusia hanya semata-mata mengejar kekayaan dan kemasyhuran?
“Tidakkah menjadi tanggungjawab setiap seorang daripada kita menghulur bantuan kepada yang memerlukan?
“Bukankah seseorang itu harus berfikir dia boleh sahaja diambil nyawanya pada bila-bila masa? Dan apakah yang akan terjadi selepas kita tiada (meninggal dunia)?” tulis Sana dalam akaun media sosialnya beberapa hari lalu.
Sumber: Instagram Sana Khan
Tinggalkan Demi Redha Allah
Membicarakan soal kehidupannya sebagai seorang pelakon, Sana berkata, dia sering melakukan pemerhatian dan mencari jawapan apakah yang akan terjadi padanya selepas dia dijemput Ilahi.
“Untuk sekian lama, saya mencari jawapan pada dua soalan terutamanya pada soalan apa yang akan terjadi pada saya selepas kematian saya?
“Apabila mencari jawapan itu dalam agama saya, saya menyedari bahawa kehidupan di dunia adalah persiapan untuk kehidupan yang lebih baik selepas kematian,” tulisnya dalam hantaran yang mendapat perhatian peminat-peminat setianya.
Sana turut berkongsi pandangan bahawa matlamat sebenarnya seseorang manusia itu bukanlah semata-mata kerana kekayaan dan kemasyhuran.
Sebaliknya, harus menjauhkan diri daripada terjebak dalam kehidupan yang melalaikan dan mengundang dosa, berbakti kepada sesama manusia serta melakukan apa yang disuruh oleh-Nya.
Sehubungan itu, Sana mengumumkan dia akan meninggalkan dunia hiburan buat selama-lamanya dan melakukan apa yang dituntut oleh Allah.
Dalam masa sama, Sana meminta peminat-peminatnya agar sama-sama mendoakan dia dapat melakukan taubat dan usahanya itu diterima oleh Allah.
“Saya minta semua peminat berdoa semoga Allah menerima taubat saya dan memberi saya panduan untuk mampu meneruskan kehidupan mengikut apa yang disuruh oleh Pencipta,” katanya lagi.
Sepanjang bergelar pelakon, Sana pernah membintangi 14 buah filem dalam lima bahasa iaitu Hindi, Malayalam, Tamil, Kannada dan Telugu.
Dia juga pernah muncul dalam 50 iklan komersial selain aktif sebagai penari. Pada 2019, aktres terkenal Zaira Waseem juga mengumumkan pengundurannya dari industri perfileman kerana ingin kembali kepada ajaran agama.
MW: Jangan dikesalkan permulaan seseorang, sebaliknya hargailah pengkahiran seseorang. Dalam usia yang muda, Sana Khan telah mengambil tindakan drastic meninggalkan kemasyhuran semata-mata untuk mendapat redha Ilahi. Semoga kisahnya menjadi inspirasi buat wanita di luar sana.
Penyanyi yang baru saja mendirikan rumahtangga dengan Ashira, Bad Indigo memohon doa dari orang ramai agar proses pembedahan kakinya berjalan lancar dan berharap agar luka yang dialami sembuh.
Bad Indigo Mohon Doa Ramai
Baru-baru ini menerusi perkongsian sebuah hantaran video di akaun Instagramnya, Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah menerangkan tentang kesakitan yang dialami.
“Day no 3 at PPUM..still unsure..still waiting. Yang pasti dah tiga hari away from family…especially my wife @ashiraaziz … miss u like crazy sayang .
Kini masih dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Bad amat menghargai doa-doa dari isteri dan ahli keluarga.
“Doa-doa kalian amatlah saya hargai. Terima kasih semua. Terima kasih kepada isteri tercinta @ashiraaziz , anak2 kami, mak dan keluarga saya, mertua n ipar duai saya yg selalu mendoakan n terus memberi semangat,” ungkapnya lagi.
Sementara itu Ashira juga memberi kata-kata semangat kepada suaminya dan berharap Bad dapat sembuh dan pulang ke rumah segera!
Hud Aryan ditemukan meninggal dunia, dijumpai tersangkut pada pokok di muara sungai. Doa agar adik Hud Aryan ditemui selamat selepas hilang tiga hari berakhir dengan ujian air mata apabila anak kecil ini ditemui sudah tidak bernyawa lagi jam 4.20 petang tadi.
Ibunya, Azean Nur Atikah Ramley, 34, yang dimaklumkan dengan pertemuan mayat anak tunggalnya itu tidak mampu menahan sebak sebelum meraung dan ditenangkan oleh ahli keluarganya.
Mayat Hud Aryan yang berusia setahun enam bulan ditemukan tersangkut pada pokok di muara sungai di Kampung Kerila, kira-kira tiga kilometer dari rumah dirinya dilaporkan hilang.
Mayat Hud Aryan ditemui tersangkut pada pokok 3 km dari tempatnya dilaporkan hilang
Memetik laporan Harian Metro, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Mohd Zulkifli Osman, ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
“Mayat mangsa ditemukan pasukan penyelamat yang dianggotai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Bomba dan orang awam.
“Ketika kejadian paras air sungai tinggi dan hari ini air sudah surut mendorong kepada penemuan mangsa.
Jenazah kanak-kanak ini telah dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk bedah siasat dan keluarga turut bergegas untuk proses pengecaman.
Difahamkan, lokasi penemuan mayat mangsa sudah dilalui beberapa kali oleh anggota penyelamat namun gagal mengesan keberadaan anak kecil ini.
Sebelum ini, ibu Hud Aryan berdoa agar anak kecilnya itu ditemui selamat namun takdir adalah sebaliknya.
Menulis, “Hud, pulanglah. Mama Abi tunggu Hud. Ramai orang-orang baik ikhtiar cari Hud Aryan,1 malaysia doa untuk Hud Aryan mama ni. Cepat balik hudd. Mama abi tunggu Hud.
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-
“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
“Penderitaan yang kami tanggung hanya Allah maha mengetahuiNya. Sangat perit. Paling saya kesalkan dan jadi tertanya-tanya siapa yang menekap seterika di kemaluan anak saya. Pertanyaan itu sentiasa bermain-main di fikiran.
“Ada dua keluarga tertuduh datang jumpa saya minta maaf pada saya dan mahu saya lupakan semua dendam tapi itu tak mungkin kerana jauh di sudut hati rasa terkilan itu ada.
“Suami sendiri sanggup tak jalani pembedahan jantung kerana mahu menunggu keputusan dari Mahkamah mengenai kes ini,”luah Hawa ketika dihubungi Mingguan Wanita.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Siapa sangka bayi yang masih kecil dan baru sahaja berusia 40 hari mempunyai janin yang sedang membesar dalam perutnya.
Satu keajaiban dalam bidang perubatan dan kes yang sangat jarang berlaku direkodkan di daerah Motihari, negeri Bihar, India apabila janin ditemui membesar di dalam perut seorang bayi berusia 40 hari, lapor agensi berita Asean News International (ANI).
Masalah Kembung Perut
Bayi itu pada mulanya dibawa ke Pusat Perubatan Rahmania di Motihari untuk menerima rawatan kerana disangka mengalami masalah kembung perut dan tidak dapat membuang air kecil dengan lancar.
Bagi mengenal pasti punca penyakit tersebut, pakar kesihatan Pusat Perubatan Rahmania, Dr. Tabrez Aziz melakukan ujian Imbasan tomografi berkomputer (CT).
Janin Membesar Dalam Perut
Keputusan ujian imbasan itu mengejutkan semua pihak apabila terdapat janin lain sedang membesar di dalam perut bayi itu.
Beliau berkata, kes seperti itu sangat jarang berlaku dengan kebarangkalian satu dalam setiap lima juta pesakit.
“Satu anomali perubatan yang jarang berlaku telah terbongkar di mana janin dilihat membesar di dalam perut bayi berusia 40 hari.
“Ia dipanggil fetus di dalam fetus. Bayi itu telah menjalani pembedahan membuang janin dan berada dalam keadaan stabil,” kata Tabrez.
Mingguan Wanita: Tak sangka wujud kes perubatan sebegini. Bayi yang masih kecil baru berusia 40 hari, mempunyai janin yang sedang membesar dalam perutnya.
Rita Rudaini dedah sekolah sorok kes buli 'bawah karpet'-"Pelajar senior pukul, ikat pelajar di pokok sampai tak boleh berjalan." Pelakon terkenal tanah air, Rita Rudaini mendedahkan pengalaman pahit apabila salah sebuah sekolah yang pernah menjadi tempat anaknya menuntut dikatakan terbabit dengan kes buli yang serius, namun cuba ditutup oleh pihak pengurusan sekolah.