Ketika catatan ini dikarang, Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Puan Marhaini Yusoff berada di Plitvice Lakes, Croatia. Menjalankan misi menyempurnakan kembara World Quran hour bersama suami tercinta. Backpack saja!

Membaca setiap perkongsiannya di Facebook mengundang rasa kerdil dalam diri. Betapa kembara yang pasangan suami isteri ini lakukan bukanlah usaha yang biasa-biasa. Ianya membuka jalan perjuangan mencintai malah menjiwai isi kandungan al-Quran dalam setiap perjalanan mereka.

Ini Catatan Semalam

Perjalanan yang Allah berikan kali ini, sungguh, mengatasi segala rencana saya.

Tidak terfikir, dalam banyak kekangan dan ujian, Allah perjalankan kami ke belahan bumi di sini.

Mendidik hati ini, memanggil untuk ditarbiyahkan, memperjalankan untuk melapangluaskan jiwa ini, menghidupkan hati yang semakin lemah agar tidak mati, menjalin ulhuwwah dan membarakan jiwa kembali, menghayati semangat juang para khadam Quran dan memperteguhkan komitmen diri, Inshaallah.

Malam tadi, mendapat reply whatsapp dari seorang anak muda yang masih sangat muda, dia yang menghubungkan saya dengan team di Turki dan Balkan;

"Terima kasih bukanlah pada saya unty itu semua balasan Allah pada apa yg unty kerjakan di jalan Allah selama ini dan juga yg akan datang.

Kerna barang siapa yg berkhidmat pada jalan Allah maka dunya akan berkhidmat padanya".

Moga saya terus belajar.

Moga terus berusaha menjadi lebih baik dalam waktu tersisa agar Allah redha. Istiqamah berkhidmat dijalanNya. Inshaallah.

Ya Rabb, ampuni diri yang khilaf dan berdosa.

Rezekikan untuk hidup dalam kebaikan dan akhiri hidup dalam kebaikan.

Ini Perkongsian Temu Bual MW Bersama Puan Marhaini

Musafir ini menjadi hadiah ulangtahun perkahwinan kali ke-21. Backpack berdua bersama suami ke beberapa negara dan bandar; Dubai, Istanbul, Bursa, Budapest, Zagreb, Bihac, Plitvice, Sarajevo dan balik semula ke Istanbul. Kalau ikut negara United Arab Emirates (UAE), Turki, Hungary, Croatia dan Bosnia.

Mengambil kesempatan setelah World #QuranHour kali pertama yang lepas dan Inshaallah pada tahun ini pada 9 Zulhijah (31 Ogos 2017), di sepanjang perjalanan, kami adakan street campaign dan lawatan ke beberapa Madrasah Tahfiz Sulaimaniyyah (MTS) yang beribu pejabat di Istanbul, Turki dan ada di 165 buah negara.

Pada musafir ini kami singgah di beberapa Madrasah Tahfiz di Istanbul dan Balkan.

Melalui perjumpaan ini, alhamdulillah dan inshaallah masing-masing akan terus gerakkan:

#QuranHour mingguan 30 Juz misalnya Istanbul #QuranHour

#QuranHour pada 24 Ramadan jam 12 hingga 1 waktu tempatan

World #QuranHour 9 Zulhijah (mereka akan gerakkan  lebih awal antara 1-8 Zulhijah)

Kami melihat melalui street campaign World #QuranHour dan lawatan ini bagaimana al-Quran boleh menjadi bahasa yang sama untuk manual penyatuan hati.

Sangat mengikat.

Sangat membumi.

Sangat menyatu.

Walau berbeza bangsa dan bahasa.

Allahu Akbar.

Sumber/Foto: Facebook Puan Marhaini Yusoff via Mingguan Wanita