Anak-anak yang mempunyai tahap kecerdasan dan kepintaran luar biasa merupakan satu anugerah.Memang bukan biasa-biasa tahap kepintaran dan kecerdasan minda budak lelaki ini.

Kanak-kanak pintar Laurent Simons berusia 9 tahun dari Amsterdam bakal bergelar graduan termuda dunia. Simons memiliki tahap kecergasan minda (IQ) 145 kini sedang belajar di Universiti of Technology di Eindhoven, Belanda bakal menerima Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik, bulan depan.

AFP melaporkan, Laurent Simons berjaya menamatkan pengajiannya dalam tempoh sembilan bulan berbanding tempoh biasa selama tiga tahun.

“Saya belajar di bidang kejuruteraan elektrik. Ia adalah mengenai mencipta litar dan sebagainya,” katanya.

Manakala Pengarah Program Kejuruteraan Elektrik di universiti itu, Sjoerd Hulshof berkata, dia hanya boleh menyifatkan kanak-kanak terbabit sebagai luar biasa.

IKLAN

“Kualiti yang dimilikinya adalah luar biasa. Dia adalah kanak-kanak paling cepat belajar yang pernah saya kami lihat. Dia bukan hanya pintar luar biasa tetapi sikapnya juga begitu baik,” katanya.

Graduan Termuda Dunia, Baru Berumur 9 Tahun Bakal Dapat Ijazah!
Berjaya menamatkan pendidikan sekolah rendah dalam tempoh satu setengah tahun. FOTO Reuters

Pakar Bedah Jantung

Simons dibesarkan oleh datuk dan neneknya sehingga awal tahun ini ketika ibu bapa, Alexander dan Lydia sibuk dengan tugas di Belanda. Dia yang mula bersekolah pada usia empat tahun, berjaya menamatkan pendidikan sekolah rendah dalam tempoh satu setengah tahun.

Beliau memulakan persekolahan pada umur 4 tahun dan menamatkan sekolah menengah pada usia 8 tahun, bercita-cita untuk menjadi seorang angkasawan atau pakar bedah jantung.Kanak-kanak terbabit hanya mengambil masa lima tahun untuk menghabiskan pendidikan peringkat rendah, menengah dan universiti.

IKLAN

Matlamat Lakukan PHD

Menurut bapanya, Alexander, 37, seorang doktor gigi, Oxford dan Cambridge menjadi pilihan utama dan lebih mudah baginya.Katanya, matlamat Simons adalah melakukan PhD dalam bidang lanjutan kehidupan dengan menjalankan penyelidikan ke atas organ-organ buatan dan robotik.

“Adalah lebih baik jika dia belajar di UK,” katanya.

IKLAN
Graduan Termuda Dunia, Baru Berumur 9 Tahun Bakal Dapat Ijazah!
Simons, bersama ibu dan ayah tersayang

Simons yang mempunyai ingatan fotografi menggemari subjek Matematik dan Sains, dan mempunyai cita-cita untuk merevolusikan pembedahan jantung kerana kedua-dua datuk neneknya mempunyai masalah jantung.

Kejayaan Simons mendapat ijazah sekali gus merampas rekod dunia yang pernah dicapai oleh Michael Kearney dari Universiti of Alabama pada usia 10 tahun.Michael memegang gelaran itu sejak 1994 dan kini tinggal di Tennessee selepas menamatkan beberapa ijazah termasuk doktor dalam bidang kimia.

MW: Sungguh luarbiasa tahap kepintaran kanak-kanak lelaki ini. Semoga berjaya dalam bidang yang diceburi.

Sumber: Harian Metro, Sinar Harian

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI