Dua Tip Jimat Cuci Cawan Bekas Kopi & Teh. Barulah Putih!

Kalau anda jenis suka minum kopi atau teh, anda mungkin akan berdepan dengan masalah nak cuci gelas atau cawan yang bertukar jadi warna kekuningan. Selalunya yang asalnya warna putih, agak sukar untuk cuci dengan pencuci biasa.

Ya, jika dibiarkan lama-lama dasar gelas atau cawan akan nampak buruk, seolah-olah anda tak cuci.

Sebenarnya ada cara yang mudah, jadi anda tak perlu nak mengeluh dan niat nak ketepikan minum kopi atau teh secara terpaksa. Jom cuba antara salah satu ini…

IKLAN

2 Tip Cuci Cawan Lekat Kesan Kopi Dan Teh

1. Guna baking soda

Ambil 1 sdm dan gosok dengan sedikit air pada gelas yang kotor. Biarkan lebih kurang 5 minit dalam keadaan basah, kemudian bilas sambil menggosok gelas lagi. Anda juga boleh menggunakan garam yang dicampur perahan limau nipis dengan teknik yang sama seperti ketika kamu menggunakan baking soda.

IKLAN

2. Rendam dengan air panas

Atau anda boleh cuba hilangkan kesan teh dan kopi dengan cara merebus atau merendam gelas di dalam air panas. Campur air panas dengan serbuk soda, kemudian rendam gelas hingga air jadi sejuk. Gosok dan bersihkan seperti biasa.

IKLAN

Nah, sangat mudah bukan? Kini gelas yang kotor disebabkan  kesan minum teh dan kopi jadi lebih bersih. Tak payahlah sampai nak beli pinggang mangkuk baru. Jimat!

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI