keropok lekor

Salah satu rahsia nak jadikan keropok lekor sedap adalah campuran ikan yang banyak. Tapi kalau beli di kedai, jumlah ikan tu dah ditentukan oleh tuan kedai. Resipi keropok lekor homemade ini mudah saja sebenarnya, paling penting isi ikannya banyak.

Cik Puan Nurul Huda Anas kita ini anak jati Terengganu. Kiranya keropok lekor dah jadi menu wajib orang Terengganu. Memandangkan ketika ini, dia tinggal di Melaka, agak payah nak cari keropok lekor yang rasa ikan.

“Yang ada pun rasa tepung, bukan ikan.” Inilah sebabnya Cik Puan kita ini buat sendiri. Nak makan pun tak was-was.

Bahan-bahan

1 mangkuk/ 1kg ikan kembung/selayang (ikan sardin) ambil isinya saja, buang kulit nipis & tulang

1/2 mangkuk tepung ubi/sagu (tepung biar sama banyak dengan ikan)

2 sudu makan tepung gandum

Sedikit garam & bahan perasa (jika menggunakan)

2 sudu kecil garam

IKLAN

2 sudu kecil serbuk perasa (ajinamoto)

Doh Keropok Lekor Buat Sendiri Memang Lembut, Tapi Inilah Yang Jadikannya Sedap & Rasa Manis Ikan

Cara Membuat

1. Tumbuk isi ikan sampai halus guna lesung. Kalau nak kisar pakai pengisar boleh juga tapi lebih sedap pakai lesung. Nota: Jika guna pengisar, tambah sesudu air untuk mudahkan proses mengisar.

2. Gaul semua bahan kering; tepung dengan serbuk perasa & garam.

3. Masukkan dalam mangkuk isi ikan dan uli sampai jadi doh.

IKLAN

4. Ambil sedikit doh, kepalkan kecil-kecil.

5. Taburkan tepung atas papan atau dulang, supaya semasa menggentel doh tak melekat.Nota: Doh memang akan lembut sikit tapi inilah yang akan menghasilkan keropok yang lembut dan sedap. Barulah ada rasa manis-manis ikan.

6. Kemudian gentel doh kecil tadi panjang-panjang. Nota: Ikut cita rasa bentuknya sama ada nak panjang atau bulat.

7. Didihkan air dalam periuk.

IKLAN

8. Rebuskan doh yang sudah dibentuk tadi sehingga masak. Nota: Doh yang dah masak akan timbul ke permukaan.

9. Angkat dan toskan airnya.

Nota Tambahan

Bagi yang tak suka direbus. Anda boleh terus menggoreng sebaik siap menggentel. Pastikan keropok tenggelam dalam minyak.

Sentiasa balik-balikkan keropok, api pula jangan kuat takut hangit.

Bila keropok dah kembang bolehlah angkat dan hidang dengan sos pencecah.

Cara Nak Simpan Dalam Peti Sejuk

Keropok lekor yang dah direbus dan separuh goreng, boleh disimpan beku. Bila nak makan boleh dipanaskan bila-bila masa yang anda mahu.

Sumber/Foto: FB Yuyu Al-Huda via Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI