DIY Toner Air Mawar RM5, Kikis Habis Jeragat Degil

Baik berkulit gelap mahupun cerah, masalah jeragat tetap menjadi dilema kaum wanita. Terpaksalah guna macam-macam krim nak menutup cela noda tu atau menghilangkannya.

Lagi frust bila, puaslah cuba macam-macam, jeragat degil tetap tak nak hilang. Duit dah habis banyak ni. Rupa-rupanya ada cara alami yang anda boleh cuba sebagai ikhtiar untuk mengurangkan jeragat di wajah.

Ini yang dikongsikan Nur Arimi Suhada Bakar, Founder Pure Beauty, Green Tea Organic Soap. Panduan bergambar dan video ini diharapkan dapat memudahkan untuk buat DIY Toner Air Mawar RM5 ini.

Akhirnya sis berkesempatan buat video. Air Mawar ini banyak manfaatnya. kalau hampa rajin, hampa boleh buat menggunakan bunga mawar segar.

Tapi cara penyediaannya agak lama. Kena tunggu beberapa jam untuk sejuk segar. Di sini sis share dekat hampa cara penyediaan menggunakan air mawar sedia ada.”

DIY Toner Air Mawar RM5, Kikis Habis Jeragat Degil

IKLAN

Cara Penyediaan

Suku cawan air Mineral
3 sudu air mawar
Botol spray

Masukkan suku cawan air mineral dalam botol spray dan masukkan 3 sudu air mawar. Bolehlah spray terus ke muka.

Nota

√   Toner air mawar ini tak ada bahan pengawet jadi paling paling lama tahan seminggu saja.

IKLAN

√   Selepas seminggu refill semula dengan yang lain.

√    Makin kerap anda guna, makin kerap anda refill.

Manfaat Toner Air Mawar

Mengecutkan jerawat
Menaikkan seri muka
Merawat wajah sunburn
Mengecilkan pori muka
Merawat wajah dari dalam

IKLAN

Boleh digunakan sebagai setting spray(makeup)
Sesuai juga digunakan dirambut (bagi yang berhijab)
Ketika mengantuk / di pejabat bolehlah spraykan wajah dengan toner air mawar ini.

DIY Toner Air Mawar RM5, Kikis Habis Jeragat Degil

Kalau Nak Jadi, Syarat Ini Kena Ikut

√   Toner air mawar ni tak boleh dijemur di tengah panas, bagi mengelakkan bau dia menjadi masam.

√    Bahan organik tanpa bahan pengawet mudah rosak jadi anda boleh simpan suhu bilik .

Sumber/Foto : Facebook Nur Arimi Suhada Bakar

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI