Dira Gesa Ahmad Zahid Berundur. Terbaharu menerusi akaun Instagramnya, Datuk Khaidhirah Abu Zahar atau Dira turut menyarankan agar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengundur diri.
Setelah beberapa pemimpin UMNO mendesak agar Ahmad Zahid Hamidi melepaskan jawatannya, seorang lagi ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO iaitu Dira turut berbuat perkara sama.
Langkah itu diambil supaya parti boleh melakukan perubahan yang mutlak pasca Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15).
Dira Gesa Ahmad Zahid Berundur
Selebriti yang kini berstatus wakil rakyat, Dira juga merupakan antara beberapa pemimpin UMNO yang mahu Ahmad Zahid melatak jawatan.
“Assalamualaikum dan Salam Melakaku Maju Jaya,
UMNO menginsafi angin perubahan suara rakyat. Walaupun rakyat menolak pentadbiran 22 bulan Pakatan Harapan tetapi itu tidak menjadikan barisan kepimpinan UMNO sebagai pilihannya kali ini.
Walaupun telah ramai memperkatakan dan memperingatkan agar parti perlu lebih berhati-hati dan berubah, tetapi tidak diendahkan.
Ads
Akhirnya rakyat sendiri terpaksa menyingkirkan UMNO. Bukan sahaja pemimpin besar UMNO yang lain bahkan turut mengorbankan sahabat-sahabat saya pelapis muda yang berpotensi dalam UMNO dan Barisan Nasional.
Perubahan baru Malaysia pasca PRU15 memberi signal jelas daripada rakyat untuk UMNO agar lebih serius melakukan perubahan tampuk kepimpinan selari dengan denyut nadi rakyat.
Era parti terbesar dan memiliki ahli teramai yang mampu menjanjikan kemenangan telah berlalu. Hakikatnya, peratusan ahli UMNO sebagai pengundi jauh lebih kecil daripada pengundi bukan parti.
Sebagai pemimpin muda dalam parti, saya juga menyahut seruan YAB Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi bahawa dengan penuh rasa hormat dan rendah diri agar YB Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi mengundurkan diri.
Bahkan dalam situasi genting hari ini, sebarang bentuk rundingan perlu dibawa ke meja perbincangan Majlis Kerja Tertinggi UMNO. Namun, saya menzahirkan rasa kecewa kerana seolah-olah MKT sebagai pembuat keputusan tertinggi diketepikan dan mesyuarat MKT dibatalkan.
Parti memerlukan perubahan mutlak mendengar suara hati rakyat. Bukan sahaja kehendak akar umbi UMNO semata, tetapi kehendak hati nurani rakyat sebagai pengundi majoriti,” luah Dira.
Ads
Untuk rekod Dira merupakan Timbalan Speaker DUN Melaka.
Beliau juga merupakan anak kepada bekas Ketua Menteri Melaka kelapan Allahyarham Datuk Seri Abu Zahar yang juga merupakan wakil rakyat DUN Rim.
Bulan suci ramadan yang bakal berakhir beberapa hari lagi dicemari dengan insiden berita pembuangan bayi yang menyayat hati. Hinanya diri sang anak, apabila si ibu ambil jalan mudah tergamak buang bayi yang tidak berdosa di tempat yang kotor bagi menghapuskan bukti kelahiran.
Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui dalam keadaan lemah dalam mangkuk tandas sebuah stesen minyak di Hentian Rehat dan Rawat (RR) Rawang arah utara, kelmarin.
Ditemui Masih Bertali Pusat
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad berkata bayi seberat 2.6 kilogram itu ditemui seorang petugas pembersihan di tandas wanita ketika ingin melakukan kerja membersih kira-kira 9.30 malam.
“Ketika ditemui bayi berkenaan sedar dan menangis.Bayi yang dibungkus dengan kain batik dan masih bertali pusat serta uri itu dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan,” katanya.
Ali berkata, bayi lelaki berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan pada bahagian badan dan kelihatan sempurna.
“Doktor tidak dapat mengesahkan bangsa bayi berkenaan, namun pihak polis akan menjalankan siasatan berhubung kejadian.
Polis masih mengesan individu yang terlibat dan mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan diminta tampil bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran bayi dengan niat membuang bayi berkenaan.
Syukur bayi masih ditemui masih hidup dan keadaan selamat meskipun lemah.Buat wanita yang terlanjur, jangan menambah dosa dengan membunuh bayi yang tidak bersalah kerana hanya mahu menutup aib dan malu.Terdapat banyak pusat-pusat jagaan dan perlindungan yang menerima kelahiran bayi seperti ini.Letakkan mereka ditempat selamat dan jangan lakukan bayi seperti sampah yang boleh dibuang sesuka hati!
Sumber:hmetro & astro Awani
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kulit dan kepala udang yang telah dibersihkan jangan sesekali dibuang kerana ada kegunaannya yang tersendiri. Tahu tak, selain ‘air tangan’ antara rahsia resipi masakan yang sedap adalah dengan penambahan stok tertentu seperti stok rebusan ayam, udang, daging dan sebagainya. Pernah tak mak-mak makan masakan yang kelihatan ‘biasa-biasa’ je penampilannya tapi bila sekali dah rasa, buat kita makan bertambah tak ingat. Sebenarnya masakan memang akan jadi bertambah sedap dan enak dengan adanya penambahan stok rebusan ini.
Chef Suwarsi M.Arukin, sudi berkongsi cara untuk menghasilkan stok udang yang mudah untuk dibuat ini. Bahkan terjamin lebih selamat tanpa bahan pengawet mahupun perasa tambahan. Malah ia boleh disimpan secara frozen dan mampu tahan lama.Bila nak guna, campur je dalam masakan.
Bahan-Bahan:
Kulit udang
Air secukupnya
Cara Membuat:
1.Bila siang/bersihkan udang, jangan dibuang kulit & kepalanya dulu.
2.Basuh bersih kemudian rebus dengan air yang penuh seperiuk hingga air rebusan tinggal separuh.
3.Boleh juga dikisar kulit & kepala udang rebus tu jika suka.
4.Tapis, sejukkan dalam sejam pada suhu bilik dan simpan air rebusan udang di dalam bekas lalu sejuk-bekukan.
5.Simpan dalam bekas kecil-kecil (untuk sekali guna). Boleh disimpan beberapa bulan lamanya.
Info Ekstra!
Gunakan air rebusan udang ini untuk menambah perisa dalam pelbagai masakan seperti kuah Mi Bandung, Mi Kari, Mi Udang, Mi Goreng, Sambal Tumis, Laksa dan macam-macam lagi.
Untuk bersihkan udang pula, buang kulit dan kelar bahagian atas yang mengandungi bahan toksid (macam jalur hitam/hijau), buang kotoran tersebut lalu basuh udang bersih-bersih.
Baru-baru ini, ramai yang menyahut cabaran #10yearschallege di media sosial, baik di laman Instagram, Facebook, twitter dan sebagainya. Ramai yang teruja berkongsi gambar perubahan pada diri daripada segi saiz tubuh badan, bentuk raut wajah dalam tempoh 10 tahun.
Data Perisian Pengecaman Wajah
Sebenarnya, tujuan cabaran popular ‘10 Year Challenge’ dipercayai dicipta untuk mengumpulkan sejumlah besar data bagi perisian pengecaman wajah pada masa hadapan, demikian menurut seorang penulis teknologi seperti laporan portal berita CTV News kelmarin.
Cabaran tersebut melonjak popular dan menjadi trending tidak lama selepas 1 Januari lalu. Ia meminta pengguna media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter memuat naik gambar sebelah menyebelah, menunjukkan wajah mereka sekarang berbanding 10 tahun lalu.
Trend tersebut menjadi ikutan berjuta-juta orang termasuk selebriti Amerika Syarikat seperti Reese Witherspoon dan Jennifer Lopez. Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong turut memuat naik gambarnya dan berseloroh bagaimana rambutnya makin beruban dalam tempoh 10 tahun.
Tidak Undang Bahaya
Walaupun cabaran itu kelihatan tidak mengundang bahaya, penulis teknologi dan penasihat Fortune 500, Kate O’Neill menyatakan dalam komennya di Twitter kelmarin bahawa 10 Year Challenge mungkin diwujudkan bagi melatih algoritma kecerdasan buatan (AI) mengecam wajah dan proses penuaan manusia.
“Anda mahukan pangkalan data yang luas dan menyeluruh serta sarat dengan gambar orang ramai. Ia juga banyak membantu jika imej tersebut adalah dalam selang masa tertentu seperti 10 tahun,”
“Tidak perlu panik atau bimbang. Ia cuma perlu lebih beringat dan berhati-hati bagaimana data berpontensi boleh digunakan,” katanya
Jelas Kate O’Neill lagi, data yang dikumpul boleh digunakan oleh perisian pengecaman wajah yang seringkali digunakan dalam industri pengiklanan.Dia turut menasihatkan agar lebih selektif dengan apa yang dikongsikan, tidak kiralah dalam apa juga media sosial.
MW: Mungkin juga alasan ini ada benarnya.Setiap satu cabaran yang dicipta pasti ada tujuan tertentu.Bukan saja-saja.Apa yang penting kita lebih bijak memilih, serta tidak membahayakan keselamatan diri dan sebagainya.
“Saya Cuba, Bertahan, Usaha Tapi Gagal. Tiada Lagi Kita” itulah yang diluahkan oleh Aprena Manrose tentang rumah tangganya yang dikatakan sudah berantakan.Pelakon cantik, Aprena...