Bukan kereta je kena overhaul, wanita pun mesti overhaul vagina agar tetap meletup. Jangan asyik menjaga tubuh dan wajah sahaja. Tetapi kita juga mesti menjaga kesihatan dan kecantikan dalaman terutama selepas melahirkan anak. Kalau dalaman mantap, insya-Allah encik suami makin sayang, kita sendiri juga akan berasa gembira dan selesa dengan diri.

 

Tidak perlu membazirkan wang ke spa, kita boleh merawat dalaman di rumah. Salah satu rawatan yang sangat bagus adalah bertangas. Rawatan ini merawat vagina dan mengatasi masalah wanita seperti vagina berbau, keputihan dan berair. Tangas sesuai dilakukan oleh wanita yang sudah berkahwin mahupun yang masing bujang.

 

Jom saya kongsikan ramuan untuk melakukan rawatan tangas, kebanyakan bahan-bahan ini ada di dapur dan sekitar rumah kita. Lakukan tangas sekurang-kurangnya seminggu sekali. Kekerapan rawatan bergantung juga kepada masalah dalaman yang kita alami.

 

Bahan-bahan tangas:

 

9 keping asam gelugor (juga dikenali sebagai asam keping)

3 biji Manjakani

3 helai daun sireh

2 sudu garam kasar

1 genggam daun inai

 

Cara membuat:

 

1.    Rebus semua bahan sehingga mendidih.

2.    Masukkan ramuan tangas ke dalam baldi atau bekas.

3.    Rebusan herba diletakkan di bawah kerusi berlubang di tengah atau boleh juga diletakkan di dalam mangkuk toilet (pastikan bersih).

4.    Pakai kain batik, duduk di atas kerusi tersebut.

5.    Bertangas sambil melakukan kegel selama 20 minit.

6.    Kemudian meruang untuk bersihkan bahagian dalam.

 

Kebaikan Tangas

 

•    Mengurangkan masalah bau kurang menyenangkan

•    Mengatasi masalah keputihan dan lendiran kental

•    Mengeluarkan sisa darah haid

•    Mengencangkan otot vagina

•    Mengecutkan rahim selepas melahirkan anak

•    Mewangikan tubuh

•    Mengurangkan masalah menstrual cramps

•    Membantu masalah haid tidak teratur