Seingat saya, hobi berkebun ini bermula hanya dengan suka-suka. Menanam lebihan sayuran dan cili yang dibeli dari pasar raya berdekatan rumah.

 

Selepas beberapa bulan, kawanan sayur ini sudah memenuhi ruang depan rumah saya.

 

 

Syukur sekali, suamu begitu memahami. Sesekali saja dia menegur bila pokok-pokok saya melepasi sempadan yang dia tetapkan.

 

Walaupun sekadar memenuhi hobi sendiri, jangan sampai melawan cakap suami. Berkat suami, suburlah pokok-pokok kita nanti. Chewah!

 

Kadangkala bila kawanan sayuran yang semakin membesar ini pun menerima ancaman serangga, kulat dan sebagainya. Jangan pernah bersedih. (Walaupun kadangkala geram tu ada) Marah-marah manja terjadi juga. Tapi jangan biarkan ia terus menguasai kita.

 

 

Bukankah berkebun ni melatih kita relaks. Tak perlu nak marah berpanjangan. Setiap kejadian tuhan tu sebenarnya bersebab. Yang pasti semuanya memberi kebaikan untuk diri kita sendiri. Tuhan dah atur siap-siap mana yang tidak baik sudah dijauhkannya.

 

Cuma kita saja bagaimana menerima aturanNya itu. Redha dan patuh sebenarnya membawa kepada jalan kebahagiaan.

 

Kebun sayur depan rumah saya ini sentiasa memberi terapi setiap kali saya pulang dari tempat kerja.

 

 

Sampai tengah malam saya melayaninya. Siput dan serangga gemar datang waktu-waktu begitu. Jadi kenalah rajinkan diri.

 

Hobi saya ini selalu saha berubah-ubah. Sebelum ini saya gila membuat kimchi, sampai ke Perlis saya menjual kimchi saya itu.

 

 

Sekarang ini, berkebun pula menguasai diri saya. Cumanya saya belum terfikirkan lagi bagaimana berkebun ini mahu menjana pendapatan sampingan untuk saya. Harapnya dapatlah saya temui nanti caranya. Jangan jadi angan-angan Mat Jenin sudah!