Beli kuih kat kedai nampak cantik tetapi bila balik cuba buat sendiri rupanya tak sama seperti yang ada di kedai. Haaaa... mestilah sebab silap cara goreng, nak tahu macam mana cara yang betul ikutlah resepi dari Puan Rafiza Idayu ini...

Sebelum ini tak tahu tip ini, asyik goreng nak cepat dan guna api besar. Patutlah kat kedai goreng sedap, kita buat macam dalam bahagian dalamnya macam basah dan tak begitu masak. Ok ini selepas improve cara masakan.

1. Panaskan minyak menggunakan api sederhana kecil. Minyak tidak terlalu panas ketika dimasukkan popia.

2. Jika minyak terlalu panas (sehingga kuali berasap), turunkan suhu dengan mematikan api sebentar, tunggu sebentar dan hidupkan semula.

3. Kulit popia akan menggerutu apabila minyak terlalu panas.

4. Popia akan kelihatan coklat kehitaman dan masak tak sekata apabila minyak terlalu panas.

5. Untuk popia kekal rangup pada jangka masa panjang (lebih kurang 4 jam), masak dengan api kecil dan panjangkan masa memasak kerana popia akan masak rangup sehingga ke bahagian dalam.

NOTA:

Saya menggunakan Samosa Daging brand Fatihah.

Mudah untuk sediakan sarapan untuk anak anak ke sekolah atau hidangan minum petang.

Stanby di rumah pun bagus, jika tetamu datang tinggal goreng sahaja.