Suka makan menu seafood yang luar biasa? Kali ini anda patut buat sendiri di rumah sajian 'meleleh' yang cukup mudah tetapi mampu pikat selera pasangan, Kerabu Kerang Seafood, paling penting jimat masa!

 

Bahan-bahan:

1 kg Kerang - masak sampai kerang terbuka, terus keluarkan, tapis dan rendam dalam air ais. Separuh dikupas isi, separuh buang sebelah kulitnya.

 

1/2 kg udang (kupas kulit) dan 1/2 kg sotong (buang kulit) dihiris kecil, rebus seketika, tos dan rendam dalam air ais.

Toskan kesemua bahan hingga hilang air.

 

(Bahan-bahan ini jangan masak lama sangat nanti keras)

Suku cawan air belacan

Suku cawan air perahan limau nipis (kulit pakai sekali)

Suku cawan sos ikan

Suku cawan cuka

Suku cawan gula

Suku cawan air asam jawa

Garam

 

Campurkan kesemua bahan dan masukkan kedalam kerang, sotong dan udang.

 

10 biji cili padi (ikut tahap kepedasan)

10 ulas bawang putih

Tomato

Tumbuk kasar dan gaulkan dengan kesemua bahan.

Sedia untuk dihidang.

 

Kredit: Watee Darus