Anak-anak suka makan ayam goreng? Haaa... kali ini mak-mak boleh cuba masakkan anak ayam goreng istimewa ini. Lagi best ayam ini tak mual dan rasa seimbang segala segi. Kuncinya ialah amazing buttermilk. Cukup rangup tapi dalamnya juicy sangat ok. Nak cuba buat? Jom tengok bahan yang diperlukan...

 

1. Cara buat buttermilk.

 

 

Sediakan 4 sdb jus lemon.

 

2. Tuang dengan perlahan-lahan susu segar dalam cawan tadi sebanyak 3/4 cawan (pastikan susu segar)

 

 

Tunggu 10 minit biar dia kental macam yogurt

 

 

3. Tuang atas ayam. Kasi dia bersalut ok. Perap sejam dalam chiller supaya buttermilk lebih pekat dan agar tak dihurung lalat.

 

 

4. Sediakan tepung serbaguna tak kisah la jenama apa. Janji yang korang berkenan. Lepas sejam ambil ayam golek je dalam tepung tu. Goreng smpai masak (api kecik 10 minit setiap sisi)

 

 

5. Rasa seimbang, langsung tak muak, ade rasa sitrus dan lemak dari buttermilk dan rasa ayam jadi sangat manis sebab jusnya kekal terkurung dalam ayam.

 

 

Perkongsian: Yuss Aisya