Masakan kerabu akan jadi pilihan bagi seseorang yang suka dengan sajian Thai. Selalunya bahagian kaki ini tidak ramai yang gemar, namun daripada anda buang kaki ayam, lebih baik buat kerabu. Tidak membazir malah anda pasti berpuas hati.  
 
 
Bahan-bahan:
 
100 gram kaki ayam
1/2 biji  bawang besar         } dihiris
1/2 biji tomato                       }
1 batang serai - dimayang halus
2 biji perahan limau nipis
3 tangkai cili api - dihiris nipis
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh gula
Daun ketumbar dan cili merah - dihiris halus

 

Cara Membuat:

  • Rebus kaki ayam hingga lembut.
  • Setelah sejuk, tanggalkan isi daripada tulang kaki ayam.
  • Gaulkan dengan semua bahan dan taburkan daun ketumbar serta cili merah untuk hiasan.