Anda salah seorang penggemar steamboat? Haaa... inilah masanya untuk anda cuba makan dengan puas di sebuah restoran, D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet, Shah Alam.

 

http://www.mingguanwanita.my/polopoly_fs/1.604827.1483150566!/image/image.jpg

 

Jangan nak kata anda tak gemar makan steamboat sebab sini ada macam-macam pilihan ikut selera pilihan tekak anda. Kalau balik lambat dan penat nak masak pun sesuai sangat datang sini. Murah dan jimat, lagi best semua ada!

 

PILIHAN KUAH

http://www.mingguanwanita.my/polopoly_fs/1.604825.1483150491!/image/image.jpg

 

Ada dua pilihan kuah, iaitu tomyam dan sup. Jadi sangat sesuai untuk anda yang gemarkan kuah pedas mahu pun yang bawa anak kecil.

 

http://www.mingguanwanita.my/polopoly_fs/1.604841.1483151169!/image/image.jpg

 

Selain pilihan untuk steamboat, anda juga boleh gril pelbagai jenis protein mentah seperti ayam, daging dan makanan laut. Yang pasti, semuanya sudah diperap dengan rempah istimewa dan rasanya juga sedap.

 

http://www.mingguanwanita.my/polopoly_fs/1.604839.1483151123!/image/image.jpg

 

Di D'Kayangan Steamboat ni, anda boleh pilih sama ada nak makan di dalam restoran yang berhawa dingin atau anda boleh makan diluar restoran dengan angin sempoi-sempoi bahasa.

 

http://www.mingguanwanita.my/polopoly_fs/1.604838.1483151096!/image/image.jpg

 

APA MENU ISTIMEWA?

http://www.mingguanwanita.my/polopoly_fs/1.604826.1483150541!/image/image.jpg

 

Ini kalau anda gemar makan kambing, memang berbaloilah. Tetapi bagi yang tak begitu minat makan kambing, anda ada 1001 lagi menu lain untuk dimakan. Percayalah, menu BBQ D'Kayangan ni memang terbaik!

 

http://www.mingguanwanita.my/polopoly_fs/1.604831.1483150649!/image/image.jpg

 

Pilihan sos pun banyak, ya. Bahan-bahan rempah semua cukup. Baik daging, ayam, sotong, serba serbi sedap. Confirm, makan tak boleh nak berhenti.

 

http://www.mingguanwanita.my/polopoly_fs/1.604830.1483150625!/image/image.jpg

 

Haaa... power ke tak? Anda tak teringin nak rasa ke? Yang duduk Shah Alam, kalau belum pernah cuba D'Kayangan Steamboat tersangatlah rugi.

 

KELEBIHAN TEMPAT MAKAN INI

Restoran D'Kayangan Steamboat ni boleh memuatkan seramai 170 orang dalam satu masa. Itu dalam restoran, kalau dekat luar pula boleh tambah banyak lagi kerusi dan meja. Jadi kalau awak nak tempah restoran D'Kayangan Steamboat untuk apa-apa majlis, party sekali pun boleh.  

 

http://www.mingguanwanita.my//polopoly_fs/1.604850.1483152074!/image/image.jpg

 

HARGA MURAH SANGAT!

Untuk lebih kurang 150 pilihan makanan di sini, caj yang dikenakan tidaklah begitu mahal. Hanya RM33++ untuk dewasa manakala kanak-kanak pula dikenakan bayaran RM18++.

 

WAKTU OPERASI:

Restoran ini dibuka bermula jam 5.00 petang sehingga 1.00 pagi. Setiap Ahad, mereka mengadakan promosi "Sunday Lunch" bermula jam 11.00 pagi sehingga 3.00 petang dan caj yang dikenakan cuma RM22.90++ untuk dewasa dan RM9.90++ untuk kanak-kanak.

 

Bagi yang mahu mencuba steamboat dan daging kambing panggang di sini, ini alamatnya:

 

http://www.mingguanwanita.my/polopoly_fs/1.604848.1483151898!/image/image.jpg

 

D'KAYANGAN STEAMBOAT BBQ BUFFET,

Sri Acapella Service Apartment,

No. 1, jalan Lompat Tinggi 13/33,

Seksyen 13, Shah Alam,

40100, Selangor Darul Ehsan.