Masakan istimewa kali ini, Gulai Lemak Kulat Sisir, resepi paling enak untuk dinikmati. Anda yang langsung tidak pernah rasa, bolehlah cuba resepi yang MW kongsikan kali ini. 
 
 
Bahan-bahan:
200gm kulat sisir
1 ikat pucuk paku | dipetik-petik
20 biji cili api (merah dan hijau)
½ inci kunyit hidup
10 ekor ikan bilis | dikopek
2 batang serai | dititik
250ml santan
250ml air
Garam secukup rasa
 
 
Cara Membuat:
  • Masukkan kulat sisir, pucuk paku, bahan kisar, ikan bilis, serai
  • dan air ke dalam periuk. Didihkan.
  • Kemudian masukkan santan dan kacau sehingga masak. Perasakan.
  • Sedia untuk dinikmati.