Macam-macam jenis kuih dan biskut yang akan tersedia raya nanti.Biskut dan kuih raya, bukan sekadar rasa je nak kena sedap, tapi 'rupa' pun kena cantik dan helok.

Biasanya yang jadi pilihan mestilah yang comel, unik dan ada tarikan tersendiri. Contohnya biskut tembikai ni.Comel dan warna warni.

Jom cuba resipi Biskut Tembikai perkongsian oleh Ainun Badariah ni, gerenti ramai yang berkenan nak rasa nanti.

Bahan-Bahan:

250gm mentega (buttercup)

180gm gula halus

300gm tepung gandum (diayak)

150gm tepung jagung (diayak)

5 sudu cornflakes (dikisar halus dan diayak)

1 biji kuning telur

pewarna kuning, merah, hijau

Bijan hitam (untuk hiasan)

Cara Membuat:

1. Masukkan mentega  dan gula dan kacau dalam mixer hingga sebati

2. Masukkan kuning telur (kacau lagi hingga sebati)

3. Masukkan tepung gandum + tepung jagung + cornflakes, letak sikit-sikit dan gaul hingga rata.

4. Bahagikan doh kepada 2/3 bahagian bergantung warna yang diinginkan nak sama ada warna merah atau kuning atau nak dua-dua dan warna hijau.

5. Pastikan doh warna hijau kurang sedikit dari warna merah dan kuning.

6. Buat bulat-bulat kecil ikut selera masing-masing (buat sama banyak)

7. Leperkan bulat-bulat hijau sebab nak jadikan kulit luar.

8. Masukkan bulat-bulat merah or kuning atas kulit hijau tadi dan pastikan kulit hijau tu meliputi kesemuanya.

9. Buat sampai siap dulu baru ambik pisau yang paling tajam untuk potong.

10. Bulat-bulat yang dah siap tadi dibelah 4 macam belah telur tu ( potong perlahan-lahan).

11. Susun bijan dengan tahap kesabaran yang paling tinggi,(anggaran masa untuk susun bijan bagi setiap biji ialah 6-9 saat)

12. Kemudian, masukkan dalam papercup.

Bakar pada suhu 200°c 15 - 20 minit

Boleh dapat dalam 130-140 biji ikut saiz yg dibuat)

Siap untuk dihidang

Selamat Mencuba!