Jika selalunya anda buat hidangan daging dengan selera kampung, apa kata kali ini cuba hidangkan tetamu dengan inti daging burger istimewa buat tetamu. Elok ada daging yang lebih jadikan makanan sejuk beku yang boleh dijamu bila-bila masa sahaja. Ini beberapa langkah mudah...

 

Bahan-bahan:

200 gm                 daging kisar

1 butir                   telur ayam

100 gm                serbuk roti

½ labu                  bawang besar – cencang

Sedikit                  lada sulah

Sedikit                  daun sup – cencang

 

Bahan lain

4 biji                       bun bulat

Sedikit                  hirisan timun

Sedikit                  hirisan tomato

Sedikit                  daun salad

Sedikit                  minyak masak

 

Cara-cara menyediakannya:

1. Letakkan daging kisar dalam mangkuk dan kemudian campurkan dengan bawang dan daun sup yang telah dicencang.  Tambahkan garam dan lada sulah.

 

(NAK MASAK DAGING ADA CARANYA, BIAR MASAK MACAM NI: KLIK SINI)

 

2. Pukul telur dan tuangkan ke dalam daging kisar tadi. Kacau rata.

 

3. Campurkan dengan serbuk roti dan gaul hingga sebati.

 

4. Ambil sedikit campuran daging ini bentuk bebola sebelum dileperkan.

 

5. Gril dalam kuali berisi sedikit minyak.

 

6. Belah roti dan hiaskan dengan timun dan salad,  letak daging gril dan ia sedia untuk dinikmati.