Resipi yang dikongsi ini membolehkan anda menghasilkan kira-kira satu bekas kaca bersaiz sederhana. Sos ini boleh dijadikan sos pencicah yang membuka selera. Selain dijadikan sos pencicah, anda juga boleh pelbagaikan ia menjadi sos perapan yang enak.


Apa yang perlu dilakukan hanyalah mengambil sedikit sos dan lumurkan pada ayam atau daging. Pastikan anda tos terlebih dahulu ayam agar proses perapan boleh dijalankan dengan baik. Perap ayam dengan sos tadi selama 3 ke 4 jam.


Kemudian, panggang ayam yang telah diperap tadi sehingga warna keemasan. Ketika menghidangkan, bolehlah gunakan sos masam-pedas sebagai penambah rasa.

 

http://support.karangkraf.com/editorial/mwa/18012016/bahan.jpg

 

Bahan-bahan:

3 biji cili merah

12 biji cili padi thai

6 sudu besar minyak zaitun

½ sudu besar cuka

6 sudu besar serbuk bawang putih

3 sudu besar paprika

2 biji lemon } ambil jusnya

 

http://support.karangkraf.com/editorial/mwa/18012016/l1.jpg

Belah cili kepada dua bahagian dan buang biji cili. Anda boleh stim cili ini untuk seketika. Kemudian, masukkan di dalam bekas.

 

http://support.karangkraf.com/editorial/mwa/18012016/a2.jpg

Masukkan minyak zaitun.

 

http://support.karangkraf.com/editorial/mwa/18012016/a3.jpg

Kemudian, masukkan pula cuka.

 

http://support.karangkraf.com/editorial/mwa/18012016/a4.jpg

Taburkan serbuk bawang putih di atasnya.

 

http://support.karangkraf.com/editorial/mwa/18012016/a5.jpg

Selepas itu masukkan paprika.

 

http://support.karangkraf.com/editorial/mwa/18012016/a6.jpg

Akhir sekali perahkan lemon dan kisah bahan-bahan ini sehingga membentuk sos.

 

http://support.karangkraf.com/editorial/mwa/18012016/siap.jpg

Siaaapp....!


Info Tambahan

1. Anda boleh tambahkan daun parsley segar dan daun ketumbar untuk mendapatkan aroma yang lebih enak.
2. Sebaiknya simpan sos ini di dalam peti sejuk.
3. Sos ini boleh bertahan selama 6 minggu sahaja.
4. Keenakan rasa sos ini akan dapat dirasai selepas seminggu dihasilkan.