Seronok juga kalau sesekali mencuba menu baru. Selera mereka tidak terbatas asalkan apa yang dihidangkan itu nampak menyelerakan.  Tidak perlu membeli di bakeri  atau di kafe, apa kata cuba buat sendiri Biskut Cheese, pasti seisi keluarga gembira ketika menikmatinya. 

 

Bahan-bahan: 

1/2 tin susu pekat manis

250 gram krim keju

1 paket biskut Cracker Original

1 kotak kecil susu segar

150 gram nestum

 

Cara-cara Menyediakan:

  • Campurkan susu pekat bersama keju.
  • Pukul sebati hingga kembang.
  • Rendamkan sebentar biskut cracker dengan susu segar, jangan sampai  kembang.
  • Susun rapat di dalam loyang empat segi.
  • Buat satu lapisan keju di atas biskut tadi sehingga menutupi biskut cracker.
  • Taburkan nestum di atas lapisan keju. Ulang langkah3, 4 dan 5 mengikut  ketebalan yang dikehendaki. 
  • Sejukkan dalam peti sejuk dan sedia untuk dihidangkan