Keenakan ayam boleh dipelbagaikan atau sekadar digoreng begitu sahaja. Sempena Ramadhan kali ini, anda pasti boleh mencuba pelbagai resipi ayam yang boleh disajikan buat sanak saudara serta sahabat handai ketika menjamu selera berbuka puasa.

 

Bahan-bahan:

300 gm ayam - dipotong ikut cita rasa 
20 gm cili merah                  - dimayang
20 gm cili hijau                     - dimayang
2 batang serai dimayang   - dimayang
50 gm bawang besar          - dimayang
30 gm bawang putih           - dimayang
100 gm sos Thai
Sedikit minyak
Garam dan gula secukup rasa
 

Cara-cara membuat:

  1. Goreng ayam sehingga garing kemudian asingkan.
  2. Tumis bawang merah, bawang putih dan serai. Kemudian masukkan cili hijau dan cili merah berserta sos Thai tadi.
  3. Masukkan ayam yang telah digoreng. Masukkan juga sedikit garam dan gula.
  4. Gaul rata kemudian siap untuk dihidangkan.