Keenakan ayam boleh dipelbagaikan atau sekadar digoreng begitu sahaja. Kali ini MW kongsikan salah satu masakan yang sangat mudah tetapi rasanya sedap, dengan wangian serai rasa sos Thai.

 

Bahan-bahan:

300 gm ayam - dipotong ikut cita rasa

20 gm cili merah - dimayang

20 gm cili hijau - dimayang

2 batang serai - dimayang                           

50 gm bawang besar - dimayang

30 gm bawang putih - dimayang

100 gm sos Thai

Sedikit minyak

Garam dan gula secukup rasa

 

Cara membuat :

  • Goreng ayam sehingga garing kemudian asingkan.
  • Tumis bawang merah, bawang putih dan serai. Kemudian masukkan cili hijau dan cili merah berserta sos Thai tadi.
  • Masukkan ayam yang telah digoreng. Masukkan juga sedikit garam dan gula. Gaul rata kemudian siap untuk dihidangkan.