Tidak perlu menggunakan banyak rempah, jika mahu masakan rasa lebih istimewa. Cukup dengan hasil kreatif air tangan anda kali ini dengan mencuba Ayam Merah Badam, sajian sesuai untuk dihidangkan bersama keluarga tersayang.

 

Bahan-bahan:

Bahan A

1 ekor ayam (potong kecil, tabur garam dan lada sulah, goreng garing)

2-4  sudu besar tomato puri

2-4 sudu besar sos tomato

2 sudu besar cili kisar

1 sudu besar badam kisar

1 labu bawang besar – potong bulat

Garam, gula dan lada sulah secukup rasa

 

Bahan B (kisar)

6 ulas bawang putih

3sm halia

 

Cara-cara:

  • Tumis bahan B dan cili kisar hingga cili benar-benar masak.
  • Masukkan sos tomato dan tomato puri. Kacau
  • Masukkan badam kisar. Didihkan beberapa minit.
  • Masukkan hirisan bawang besar atau daun bawang.
  • Masukkan ayam goreng. Kaup balikkan. Tambah garam, gula dan lada sulah secukup rasa.