Diadun dengan durian, masakan tempoyak yang terkenal di negeri Pahang pastinya menambat selera anda seisi keluarga. Bukan sahaja dimasak bersama Ayam Masak Tempoyak, malah sedap dihidangkan begitu sahaja bersama sambal. Malahan kelazatan masakan tempoyak amat luar biasa.

 

 

Bahan-bahan:

1 ekor ayam - dipotong 12

500 gm tempoyak

2-3 labu bawang merah               ]ditumbuk halus

20 tangkai cili padi merah           ]

Garam & gula secukupnya

5-6 tangkai daun kesum

1-2 batang bunga kantan - dipotong serong

1 batang timun cina - dibelah dua & dipotong serong

Sedikit air

 

Cara-cara membuat:

1. Panaskan periuk, masukkan bahan kisar dan ayam. Biarkan seketika.

2. Tambahkan tempoyak, garam, gula dan air. Kacau perlahan-lahan dan biarkan mendidih, masukkan timun.

3. Masukkan daun kesum dan bunga kantan.