Kunci memiliki tubuh yang sihat adalah dengan menikmati hidangan seimbang. Gabungan lengkap karbohidrat, protein, tenaga dan vitamin. Anda perlu bijak memilih setiap hidangan yang disuap ke dalam mulut. Kali ini anda boleh cuba menu sihat, Ayam Masak Hijau, rasa yang cukup puas dengan wangian limau purut.

 

Bahan:

500 gm ayam

1½ liter santan

 

Bahan kisar:

½ inci halia

½ inci lengkuas

5 batang serai

3 ulas bawang putih

3 ulas bawang merah

5 helai daun limau purut

200 gm cili hijau

40 gm daun ketumbar

 

1 camca besar sos ikan

Garam secukup rasa

Gula secukup rasa

 

Cara membuat:

  • Ayam dibersihkan dan dipotong.
  • Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. Kemudian masukkan ayam.
  • Setelah ayam masak masukkan santan dan garam
  • Sedia untuk dihidangkan.