Nak dapat ayam gulung cantik macam ni, selalunya kat kedai. Tapi kali ini anda boleh cuba di rumah untuk hidangkan kepada anak-anak tersayang! Dengan rasa sebati lemon, memang puas hati, serius!


Bahan ayam gulung:
1.5 kg isi ayam bahagian dada
1 batang lobak – dipotong jardinière/potong dadu panjang.
1 batang saleri dipotong jardiniere
5 sudu besar lada sulah
Garam secukup rasa
2 cawan tepung gandum
2 biji telur - dipukul sehingga agak kembang
100 gm serbuk roti
Air secukupnya - untuk merebus ayam
Minyak untuk menggoreng


Cara membuat:
1. Hiris isi ayam sehingga lebar dan agak nipis, taburkan sedikit garam dan lada sulah
2. Letakkan lobak dan batang saleri di tengah-tengah hirisan ayam dan gulung. Balutkan dengan plastik dan rebus di dalam air menggelegak sehingga masak. Tos dan sejukkan
3. Campurkan tepung, lada sulah dan sedikit garam.
4. Keluarkan ayam daripada balutan plastik. Golekkan ayam di dalam mangkuk campuran tepung sehingga kesemua permukaan ayam bersalut tepung. Celup pula ayam ke dalam mangkuk telur dan sadur dengan serbuk roti sehingga rata.
5. Goreng sehingga berwarna keemasan. Tos minyak dan tunggu sehingga sejuk sebelum dipotong.


Bahan sos lemon
125 gm mentega
5 sudu besar tepung gandum
1 biji lemon - diperah dan ambil jus
2 kiub ayam
2 cawan air



Cara membuat:
1. Panaskan kuali dan masukkan mentega. Kacau sehingga cair.
2. Masukkan tepung sedikit-sedikit supaya tidak berketul dan sehingga agak pekat. Pekatan ini dinamakan Ru.
3. Panaskan air dan masukkan kiub ayam, air perahan lemon dan Ru. Kacau sehingga pekat menjadi sos. Tutup api dan sejukkan.
4. Hiris dan susun ayam gulung serta hiaskan mengikut kreativiti anda. Hidang bersama sos lemon.