Dah Seminggu Bayinya Tak Henti Menangis, Rupanya Lepas Terpandang Wanita Gendong Anak Kecil, Tubuh Ibu Ditumpangi Jin

Misteri sungguh tangisan anak kecil ini. Dah masuk seminggu tak henti-henti lagi menangis. Ditambah pula dengan suhu badan yang tiba-tiba panas mendadak. Hairannya, ia cuma berlaku sebaik azan Maghrib dan berhenti menjelas Subuh.

Ibunya susah hati sangat-sangat. Lalu diikhtiarkan bertemu dengan Ustaz Mujahidin Al Banjari dari Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin. Rupa-rupanya, inilah yang berlaku.

Anak Kecil Ini Terus Menangis Dengan Kuat

Kedatangan sepasang suami isteri pagi tadi berhajat untuk merawat anak kecil mereka. Si kecilnya berusia 7 bulan. Kata suaminya, sejak balik dari Pahang ikut Jalan Muadzam, anaknya menangis di dalam kereta.

Sebelum anak beliau menangis, isteri ternampak seorang perempuan melintas jalan sambil mendukung seorang Anak kecil. Kejadian itu berlaku dalam pukul 11 malam. Selepas melihat perempuan itu melintas, tiba-tiba anak kecil mereka menangis dengan kuat.

Bila dipujuk anaknya akan berhenti menangis. Sebaik sampai ke rumah, tiba-tiba badan anak kecilnya panas. Bila dipegang kepala, badan menjadi panas, manakala kaki dan tangan amat sejuk.

Tiba-tiba anaknya menangis semula. Kali ini lagi teruk, matanya akan memandang ke atas setiap kali menangis. Dalam tidur pula kerap tersentak-sentak. Seolah-olah ada yang mengganggu tidur si kecilnya itu.

Kejadian ini berlarutan selama seminggu lebih. Masuk waktu Maghrib saja kepala, badan panas, kaki dan tangan sejuk. Dah tu, asyik nak berkepit saja. Tak boleh langsung kena Tinggal.

Sentiasa saja berada dalam ketakutan. Lagi hairan, bila siang atau pagi bayinya OK nampak sihat. Puas ayah pergi hospital ambil darah, semuanya normal aan OK. Pergi juga buat rawatan Islam, tetapi hanya buat rawatan untuk bayi sahaja.

Bila kedua pasangan ini datang untuk buat rawatan. Mereka minta tolong rawatkan anak beliau. Anak beliau dah seminggu lebih asyik menangis dan demam. Yang pelik, tangisannya hanya bermula selepas waktu Maghrib ke atas hinggalah ke Subuh.

Bila datang buat rawatan, saya terus rawat ibu pada bayi itu. Setelah di ruqyah ternyata ada jin yang menumpang di dalam tubuh ibu bayi itu.

IKLAN

Dialog Ustaz Dengan Jin

Ini yang saya tanyakan pada makhluk yang menumpang tubuh ibu ini.

Saya: Dari mana kamu??

Pesakit : Hahahahahaha hahhaha (dia hanya ketawa sahaja)

Saya : Lepaskan dia, kenapa kau ganggu dia dan anaknya?

Pesakit : Aku suka dia. Aku ikut dia dari malam seminggu lepas. Dia nampak aku melintas. Anak aku inginkan teman bermain. Sebab itu anak aku dan aku ganggu anak kamu. Sebab itulah anak kamu menangis setiap malam hingga Subuh.

Saya : Sudah lah lepaskan dia. Dia tak salah.

IKLAN

Pesakit : Aku peduli apa? Aku suka dia. Aku suka anak dia. Jangan ganggu aku. Jangan pisahkan aku dengan dia faham tak?

Saya : Aku hantar kamu balik tempat asal kamu!!

Pesakit : Aku tak nak..Aku dah mula sayangkan dia dan anak dia..Hahahaha (Sambil ketawa)

Tanpa buang masa saya sambung ruqyah kembali. Syukur Alhamdulillah izin Allah jin tersebut dapat di keluarkan. Selepas itu saya rawat anak beliau pula. Syukur Alhamdulillah izin Allah semuanya di permudahkan Allah.

Sebab Itulah Mak Ayah..

Pesan saya di luar, jika anda ada anak kecil, janganlah anda lalu jalan yang kurang banyak kereta terutama waktu malam. Jika ada anak kecil sebaiknya rancang perjalanan di siang hari.

IKLAN

Bukan apa kasihan bila dah terkena. Tambah lagi jika anak kecil yang kena. Jika lambat diubati anak kecil anda boleh terkena sawan. Jika berlaku begini pada anak anda dan jika mak ayah pergi rawatan Islam janganlah rawat hanya bayi sahaja.

Kebanyakan gangguan itu banyak datang berpunca dari ibu dan ayah bayi tersebut. Kita yang tak sedar. Jika balik lewat malam atau pergi mana-mana, balik saja rumah amalkan:

√     Beri salam depan pintu rumah “Assalamualaikum” kemudian baca surah Al Ikhlas 3 kali.

√      In shaa Allah, izin Allah rumah anda akan dilindungi dari gangguan makhluk halus. Sebaiknya rumah kita perbanyakkan mengaji Al Quran, azankan dalam rumah sekurangnya sekali setiap hari.

√      Banyakkan solat jemaah dalam rumah.

In shaa Allah rumah anda akan sentiasa dilindungi dan di rahmati Allah.

Moga dijauhkan dari perkara di atas berlaku pada diri kita dan famili kita.

Aamiin Ya Allah

Sumber/Foto : Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI