Suka guna mesin pengisar sebab nak mudahkan kerja tetapi kebanyakan orang suka biarkan blender selepas digunakan tanpa dicuci dulu. Kesannya mesin pengisar akan meninggalkan kesan kuning yang susah untuk dibersihkan, tambah pula kalau anda guna kunyit!
Andai dibiarkan, lama kelamaan warna kuning kunyit ini akan menjadikan bekas pengisar anda menjadi kehitaman dan seakan berdaki.
Untuk mengatasi masalah ini, ada petua yang boleh anda cuba. Antara bahan yang diperlukan ialah:
BAHAN-BAHAN BERSIHKAN PENGISAR DARI KESAN KUNYIT:
2 sudu makan cuka
1 cawan air panas
CARA-CARA:
1. Masukkan air panas dan cuka ke dalam bekas pengisar. Biarkan selama 2-3 minit.
2. Kisar air bancuhan cuka tadi beberapa kali sehingga kesan kotoran pada mata pengisar hilang.
3. Bilas sekali lagi dengan air panas dan keringkan.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Perginya Seorang Seniman, Dato’ Zulkifli Zain “Ketika Papa Hembuskan Nafas Terakhir Saya Berada Disisinya” Dr. Norzizi
Negara sekali lagi dikejutkan dengan pemergian seorang seniman tanahair yang cukup terkenal pada era 1970an, Dato’ Zulkifli Zain, 76. Allahyarham meninggal dunia di kediamannya, di Ukay Perdana, Ampang, sekitar jam 7.30 malam, pada Sabtu.
Sumbangan Allahyarham dalam dunia lakonan tiada gantinya. Arwah Dato’ Zulkifli Zain memulakan karier beliau dengan filem pertama lakonan beliau iaitu Jiwa Remaja pada tahun 1975, beliau juga telah berlakon lebih sepuluh buah filem dan beratus drama sepanjang berada didalam dunia hiburan.
Sebelum ini Allahyarham lumpuh separuh badan dan beberapa kali dimasukkan ke hospital kerana penyakit buah pinggang yang agak kritikal.
“Kali terakhir minta saya angkat dia ke katil untuk berehat” Dr Norzizi
Anak sulung arwah iaitu Dr. Norzizi yang juga pelakon dan penggiat teater terkenal menerangkan ketika arwah bapanya menghembuskan nafas terakhiri dia berada disisi.
“Setiap hujung minggu saya memang akan datang ke rumah papa di sini. Jadi ketika papa menghembuskan nafas terakhir tadi, saya memang berada di sisinya. Petang tadi (Sabtu), ketika menyuap dia makan, papa tidak bercakap sangat dan banyak senyap. Dia hanya duduk diam di kerusi roda sahaja.
“Kali terakhir minta saya angkat dia ke katil untuk berehat. Ketika itu saya nampak pernafasan dia tidak macam biasa dan berbaincang dengan adik-beradik untuk membawanya ke hospital.
“Bagaimanapun ketika azan Maghrib, lebih kurang 7.30 malam, saya dapati dia sudah tiada. Memang saya tak sangka ini waktunya, tapi mujurlah saya ada bersamanya ketika ini kerana beberapa hari sebelum ini saya sibuk dengan rehearsal dan persembahan,” ujar Dr Norzizi seperti yang dipetik menerusi Sinar Plus.
Menurut Dr Norzizi Jenazah Allahyarham bapanya akan dikebumikan di Tanah perkuburan Islam Ukay Perdana, selepas Zohor pada hari Ahad.
Arwah Bapa Minta Masakkan Mi Kari
Dr. Norzizi turut berkongsi permintaan terakhir Allahyarham, kata Dr. Norzizi, arwah bapanya ada memintanya memasakkan Mi Kari. Bagaimana pun hasrat tersebut tidak kesampaian.
“Beberapa hari lalu dia ada minta Mi Kari dan saya bercadang untuk masak pada minggu ini. Namun disebabkan masalah ketiadaan air yang berlaku, saya tidak sempat berbuat demikian.Baga imanapun alhamdulillah semua anak-anak papa ada di sini, termasuk adik lelaki saya yang tinggal di Perlis, kebetulan berada di Kuala Lumpur,” ujarnya juga memohon kepada rakan-rakan dan orang ramai yang mengenali Allahyarham agar menghubungi keluarganya jika arwah bapanya ada berhutang.
“Terima kasih kepada semua rakan-rakan artis, media dan kenalan terdekat atas ucapan takziah kepada kami sekeluarga. Kami sekeluarga merasakan kasih sayang dari seluruh rakyat Malaysia yang mengambil berat terhadap papa,” katanya.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, pelakon veteran, Datin Normala Omar, lima orang anak dan tujuh cucu.
Sumber: https://sinarplus.sinarharian.com.my/hiburan
Foto: Instagram Dr. Norzizi Zulkifli
Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Morning Sickness Paling Tak Okay, Buat Kita Macam Tak Berdaya Sangat Sangat,” Hanis Zalikha
Setiap wanita mengalami pengalaman sewaktu hamil yang berbeza- beza. Ada yang cukup bertuah, tiada sebarang alahan, loya mahupun muntah-muntah sepanjang hamil.Namun ada yang sebaliknya terpaksa menghadapi ‘morning sickness’ di peringkat awal trimester mahupun sepanjang tempoh kehamilan!
Itulah antara pengorbanan wanita yang bergelar ibu. Bukan mudah untuk menempuhi kehamilan, membawa kandungan dan melahirkan zuriat untuk suami tercinta.’Seksa’ dan azab menghadapi morning sickness, loya, muntah-muntah, sakit belakang, kejang dan bengkak kaki, hanya tuhan saja yang tahu.
Ramai yang mengetahui teraju utama filem Paskal, Hairul Azreen 30 ada mengumumkan, keluarga kecil mereka bakal menambah bilangan ahli keluarga. Anaknya, Yusuf Iskandar,2 bakal mendapat adik tidak lama lagi.
Baca Disini: InsyaAllah, Yusuf Iskandar Bakal Dapat Adik – Hairul Azreen
Susulan pengumuman tersebut, Hanis Zalikha,28 ada memuat naik pengalaman mengandung dan keadaan dirinya yang mengalami ‘morning sickness’ di Instagram. Hanis turut ada menitipkan beberapa pesanan penting buat ibu-ibu mengandung agar kuat semangat dan tetap menjaga pemakanan sewaktu hamil meskipun alami morning sickness.
Berikut perkongsian tersebut;
“Baru lepas muntah satu hidangan complete makan malam. Orang kata macam mana nak tau gaya kita waktu mengandung, tengok mak kita selalunya. Kalau mak kita jenis memang takde morning sickness (loya & muntah2) waktu pregnant insyaAllah, kita pun takde. Bila tanya Mama, Mama kata untuk tujuh-tujuh orang anak dia, semua pregnancy memang dia loya dan muntah2. Omg help.”
“Waktu mengandungkan Yusuf dulu, my morning sickness teruk ya amat, everyday muntah, hampir setiap kali makan, sehingga 9bulan masih muntah. Cuma reda sikit je time second trimester. Tapi kita kena kuat semangat.”
Jaga Pemakanan Sewaktu Hamil
“Mommynis nak pesan kat semua ibu-ibu senasib kat luar sana, kita kena kuat semangat. Makan jugak walaupun kita tau kita akan muntah balik. Jaga waktu makan. Ikhtiharkan nak masukkan zat dalam badan. Sebab walaupun Mommynis muntah-muntah macam apa tah, Yusuf tetap mok masa lahir.”
“Adalah tu zat-zat yang sempat terserap. Allah tahu kita usaha buat yang terbaik untuk kandungan kita. Folic acid jangan miss. Masa masuk second trimester dah start minum @toujoursadvanced untuk zat-zat buah-buahan & makanan sunnah. Lepas tu obimin.”
Peranan Suami & Orang Sekeliling
“Minta tolong suami atau sesiapa yang mampu bantu kita ingatkan waktu makan. Sebab macam sekarang ni selalu lupa waktu makan sebab uruskan anak dan kerja kan. Bila perut kosong ya Allah, takde isi nak muntah pun tetap muntah. Sampai terkeluar acid perut yang hijau.”
“Orang yang tak lalui morning sickness kadang-kadang susah nak faham. Sesetengah ibu yang diberikan peluang menghadapinya sampai rasa: beranak okay, pantang okay, breastfeeding okay, tapiii morning sickness paling tak okay, buat kita macam tak berdaya sangat sangat.”
“Perasaan dia adalah sesak dada, terkulai, banyak angin dan waktu celik kita cuma fokus nak tahan muntah je. Paling best cuma waktu tidur. Sebab waktu tidur je badan kita macam lupa jap nak loya-loya ni semua. Tapi sesak dada tu pulak buat susah nak lelap. Lol.”
“Dengan itu, para suami dan orang sekeliling, semoga empati terhadap ibu mengandung lebih tinggi. Peka akan kehendak mereka. Loya dan muntah-muntah mereka nampak macam remeh je, tapi dunia mereka rasa macam slowww sangat-sangat. Berkasih-sayanglah dan saling memahami. Pengorbanan ini akan berbaloi nanti buat semua.”
View this post on InstagramA post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha) on
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
MW: Buat para wanita yang sedang hamil dan alami alahan morning sickness sewaktu mengandung semoga diberi kekuatan sepanjang kehamilan. Tetap jaga pemakanan dan ambil makanan berkhasiat untuk bayi dalam kandungan. Sokongan suami dan orang sekeliling amatlah penting dalam memahami keadaan ibu-ibu hamil yang mengalami morning sickness ini.
Sumber: Hanis Zalikha
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kepala Tertusuk Gunting Tapi Wanita Ini Boleh Selamba Naik Bas Ke Hospital Dengan Tenangnya!
Antara kehebatan seorang wanita yang tetap mampu tenang walaupun sedang menghadapi kesakitan. Biarpun menderita sakit, seorang wanita masih kelihatan tenang apabila dia selamba menaiki bas ke hospital dalam keadaan kepala yang tercucuk gunting sedalam kira-kira 3.8 sentimeter sehingga ke bahagian otak.
Kejadian malang itu berlaku ketika Shen Xiaoying, 57, memetik daun mahogani di rumahnya di Xiangyang, wilayah Hubei dengan menggunakan gunting terbabit.
Media melaporkan, gunting itu disangkut pada batang buluh sebelum patah dan menusuk kepalanya. Memandangkan ketika itu tiada ahli keluarga di rumah, Shen terpaksa ke hospital bersendirian untuk rawatan.
Tusukan Sedalam 3.8 Sentimeter
Menurut Pear Video, gunting itu tertusuk kira-kira 3.8 sentimeter hingga ke bahagian otak menyebabkan dia terpaksa menjalani dua pembedahan kecil untuk mengeluarkannya.
Kecederaan ngeri itu dapat dilihat dengan jelas berdasarkan imbasan x-ray kepala wanita terbabit.
South China Morning Post melaporkan, doktor berjaya mengeluarkan gunting itu dan Shen kini semakin pulih serta dijangka keluar hospital dalam tempoh beberapa hari lagi.
“Selepas pembedahan itu, dia kini mula sedarkan diri, namun masih berasa kebas dalam tempoh terdekat ini kesan daripada ubat bius yang diberi,” kata doktor.
Memang hebat wanita ini. Jika kita hadapi situasi sebegini pasti panik dan buntu nak buat apa.
Sumber: Hmetro & daily mail
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI