siakap rebus tomyam

Ikan siakap rebus tomyam ini memang resepi mudah sedia lagi menjimatkan masa. Cuma 20 minit saja diperlukan untuk penyediaannya. Suri tak perlulah nak bazirkan waktu memasak menu yang rumit, lagipun ketika ini ramai daripada anda bekerja dan tak punya banyak masa.

Ini perkongsian daripada Chef Ustazah Wan Habsah. Menu ini bukan saja sesuai dihidang untuk makan malam, siakap rebus tomyam juga sesuai dijadikan juadah makan tengahari keluarga.

Bahan-bahan Siakap Rebus Tomyam (Rujuk Pada Gambar)

1. Serai, halia dan cili api diketuk kasar (dititik).

2.   Mayam 3 biji bawang besar dan 1 labu bawang putih.

3.   Rebus air dan masukkan serai, halia, bawang besar dan bawang putih.

4.   Masukkan 3 ekor ikan Siakap.

IKLAN

5.   Masukkan 1/2 cawan sos tiram.

6.   Tambah 3-5 sudu pes tomyam.

7.   Masukkan bunga kantan, cili api serta garam.

IKLAN

8.   Perah limau nipis dan potong daun limau purut. Buang urat tengahnya.

9.   Tepung jagung sebanyak 3 sudu dibancuh dengan air. Jika suka pekat tambah lagi tepung.

10.   Kacau dan masuk buah tomato potong dan daun limau purut. Masuk bancuhan tepung dan air perahan limau nipis.

IKLAN

11.   Sedia untuk dihidangkan.

Anggaran memasak: Antara 10 – 15 minit

Resepi ikan siakap rebus tomyam ini enak dimakan panas-panas dengan nasi putih. Nak lagi kick boleh gorengkan telur dadar. Mak mertua lalu dekat sebelah pun boleh tak perasan nanti.

Sumber/Foto: Ustazah Wan Habsah via Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI