Tarikh 5 Februari 2016 menutup cerita cinta atau gosip panas Afiq Hakim bin Ahmad dan Ummu Shaikhah Stacy binti Anam apabila mereka berdua sah bergelar suami-isteri.

 


Stacy dan  Akim selamat disatukan dengan mas kahwin sebanyak RM300 pada jam 10.15 pagi dengan dua kali lafaz. Mereka dinikahkan oleh Jurunikah Jabatan Negeri Sabah (JAIS) Tuan Haji Matlin Dimin berwakilkan wali abang kepada Stacy, Mohd Adam Hakimi Anam.
 


Apa Yang Luar Biasa

Begitu istimewa sebenarnya Akim pada Stacy, lelaki itu ada sesuatu yang membuatkan Stacy jatuh suka.

“Akim adalah orang yang miracle untuk saya.  Sebabnya saya tidak pernah berjumpa lagi orang sepertinya. Maksud saya, Akim itu umpama cermin kepada saya. Dia tahu perasaan dan apa yang saya alami. Saya percaya perasaan Akim terhadap saya pun sebegitu.”

 


Selepas bergelar isteri, rasa cintanya terhadap Akim semakin mendalam. Perlahan-lahan dia mula belajar memahami perwatakan lelaki berjiwa kental ini.

“Rasa cinta itu hadir secara naturally. Apabila kita ambil berat dan sayang dengan seseorang itu, secara automatiknya kita ingin mengenali dirinya dengan lebih dekat dan lebih mendalam lagi.

“Begitu pun membentuk persamaan itu tidak mudah. Namun, saya bertuah kerana kami berdua ada satu persamaan yang besar. Sikap kami sebenarnya agak gila-gila dan tidak begitu peduli dengan benda-benda yang cantik. Walaupun kami public figure tidak semestinya kami mesti tampil cantik di mata peminat. Mungkin itulah yang menjadikan kami serasi," jelas Stacy.


 

Bagaimana pasangan muda ini menyuburkan cinta dalam rumah tangga dan menjawab persoalan zuriat, anda boleh ketahui dalam majalah Mingguan Wanita isu 1689 (01-07 April 2016) yang sudah ada di pasaran.