Wedding of the year bagi tahun 2016 telah dicatat oleh pasangan pelakon yang cukup dikenali ramai, Shaheizy Sam 34 dan Syatilla Melvin, 25, apabila menerima tajaan keseluruhan berjumlah RM 25 juta.


Shaheizy Sam, merupakan anak bongsu pasangan artis veteran Khaty Fauziah dan Allahyarham Abd. Samad. Manakala Siti Nur Syatilla Amirol Melvin atau lebih mesra dengan panggilan Tilla pula merupakan anak kedua kepada pasangan Amirol Melvin Abdullah dan Rubiah. Dengan sekali lafaz, Shaheizy Sam kini dimiliki oleh Tilla sebagai pasangan hidup yang sah.


Pasangan ini telah dinikahkan oleh jurunikah Yang Berbahagia Dato’ Prof Madya Al-Ustaz Haji Ellias Zakaria, Pengarah Pusat Transformasi Insan, USM Pulau Pinang. Turut hadir adalah Ustaz Muhamad Sayuti Omar, Pegawai Tadbir Agama Daerah merangkap Pendaftar Kanan Perkahwinan, Penceraian dan Rujuk Orang Islam Daerah Seberang Perai Selatan. Mas kahwin berjumlah RM 10,082.00 diserahkan kepada Tilla.  
 

http://support.karangkraf.com/editorial/mwa/14032016/AABPP_IN%20BETWEEN%20300px%20x%20100px-01%20(2).jpg


Sam memanjat kesyukuran pada Ilahi apabila majlis perkahwinannya diurus dengan begitu baik oleh keluarga. Dia terharu dan gembira dengan semangat dan kegigihan keluarga kedua belah pihak.


“Saya juga terkejut dan terharu apabila mengetahui jumlah tajaan majlis perkahwinan mencecah RM 25 juta. Semua ini rezeki yang amat saya syukuri, terima kasih kepada semua penaja dan pihak yang bertungkus-lumus menjayakan hari bersejarah saya dan Tilla,”katanya.

 

SEBAB UTAMA SEJIWA DALAM HUBUNGAN

Tilla melahirkan perasaan gembira apabila menjadi isteri Sam yang sah. Ceritanya lagi, Sam seorang yang manja seperti budak perempuan. Dia amat menghormati orang tua dan dia tidak kisah jika ada pandangan mengatakan Sam anak emak. Tilla mengenali keluarga Sam dan dia senang dengan sifat Sam sayang akan ibunya itu. Tilla berharap Sam juga menyayangi dirinya dan keluarga.



 

Ditanya mengenai kerjaya seni, baik Sam mahupun Tilla tidak takut jika populariti mereka akan terjejas. Masyarakat sudah pandai menilai dan meminati seseorang pelakon itu berasaskan bakat dan mutu lakonan yang dipersembahkan.


Apa yang lebih istimewa dan menjadi ikatan paling ketat dalam hubungan pasangan suami isteri ini, ketahui dalam majalah Mingguan Wanita isu 1685, 04 Mac-10 Mac 2016 (24 Jamadilawal-01 Jamadilakhir 1437H) yang sudah ada di pasaran.